Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(a)
menaiki mana-mana pengangkutan;
(b)
menghendaki nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengangkutan, kargo, stor, anak kapal, penumpang atau perjalanan itu yang didapatinya perlu;
(c)
menggeledah semua bahagian pengangkutan itu bagi barang strategik;
(d)
memeriksa segala barang atas pengangkutan itu dan segala barang yang sedang dimuatkan atau diturunkan;
(e)
meminta segala dokumen yang sepatutnya ada atas pengangkutan itu; dan
(f)
menghendaki segala atau apa-apa dokumen sedemikian dibawa kepadanya untuk diperiksa, dan nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain yang enggan membenarkan pegawai diberi kuasa itu menaiki atau menggeledah pengangkutan itu,
Perdagangan Strategik 47
atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan kedua-duanya.
(2)
Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas pengangkutan itu dikunci dan kuncinya tidak diserahkan, pegawai diberi kuasa boleh memecahkan mana-mana tempat, kotak atau peti itu.
(3)
Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi di atas mana-mana pengangkutan, barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang strategik.
Penggunaan kekerasan