Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Pengawal hendaklah setelah berunding dengan Pendakwa Raya, pada bila-bila masa yang didapatinya patut, memerintahkan pelupusan barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer disita tertakluk pada pematuhan tatacara yang berikut:
(a)
suatu inventori yang menyatakan perihalan, tanda-tanda dan butiran lain yang dengan jelas mengenal pasti barang yang disita telah disediakan oleh pegawai diberi kuasa;
(b)
gambar barang yang disita telah diambil dengan kehadiran pegawai diberi kuasa, dan pegawai diberi kuasa itu telah memperakui bahawa gambar itu adalah benar; dan
(c)
salinan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai diberi kuasa.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Kebolehterimaan keterangan