Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2017

Seksyen 20

Kecualian dan peralihan

(2)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, permohonan bagi permit atau permit khas di bawah seksyen 14 Akta ibu yang masih belum selesai pada pihak Pihak Berkuasa yang berkenaan, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan permohonan permit atau permit khas sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

(4)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, permohonan bagi pendaftaran untuk menjalankan pembrokeran barang strategik di bawah seksyen 19 Akta ibu yang masih belum selesai pada pihak Pihak Berkuasa yang berkenaan, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan takrif pembrokeran dan ketidakpakaian seksyen 11 berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan sampingan yang berhubungan dengan barang strategik sebagaimana dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

Section 20 — AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2017