Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (PENGUATKUASAAN NAFKAH) 1968
Seksyen 9
(1)
Mahkamah yang olehnya suatu perintah penahanan pendapatan telah dibuat hendaklah, atas permohonan orang yang kepadanya perintah itu ditujukan atau atas permohonan defendan atau orang yang bagi faedahnya perintah itu dibuat, menentukan sama ada pembayaran kepada defendan daripada kelas atau perihalan tertentu yang dinyatakan oleh permohonan itu ialah pendapatan bagi maksud perintah itu; dan orang yang kepadanya perintah itu ditujukan berhak untuk menguatkuasakan apa-apa penentuan yang sedang berkuat kuasa di bawah subseksyen ini.