Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Pindaan seksyen 15

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa iklan yang dibuat dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan di bawah seksyen 10b

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

(3)

Setakat yang berhubungan dengan seksyen 9

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762], orang berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang berhubungan dengan pempameranan, pengiklanan, penyiaran atau penyebutan harga yang dikeluarkan oleh Pengawal selepas berunding dengan

Ketua Pengarah Kastam dan Eksais.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“Ketua Pengarah Kastam dan Eksais” ertinya

Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan

Perihal Dagangan (Pindaan)

5

“orang berdaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.”.

Section 4 — AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017 | mylaw.my