Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dipinda dalam seksyen 40
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 [Akta 728].
(4)
Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(5)
Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(6)
Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011