Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(2)
Jika rekod pengakaunan dan lain-lain rekod disimpan oleh seseorang peniaga di suatu tempat di luar Malaysia, peniaga itu hendaklah mengarahkan supaya dihantar ke suatu tempat di Malaysia dan disimpan di tempat itu apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan urusan yang diselenggara dalam rekod-rekod
PERINDUSTRIAN SEKURITI itu untuk memboleh disediakan akaun-akaun keun tungan dan kerugian dan kunci kira-kira yang benar dan saksama.
(3)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) seseorang peniaga hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang berikut:
(a)
suatu Buku Jual Beli yang merekodkan nama pembeli dan penjual masing-masing bagi tiap-tiap sekuriti yang dibeli atau dijual oleh peniaga itu semasa menjalankan urusannya;
(b)
suatu Buku Penerimaan Skrip yang mengandungi salinan-salinan akuterimaan mengenai penerimaan sekuriti yang diterima oleh peniaga itu daripada klien untuk dijual atau disimpan selamat dan yang menunjukkan dengan terang nama atau nama-nama dalam mana sekuriti tertentu itu didaftarkan;
(c)
suatu Buku Wang Tunai yang mengandungi catatan-catatan mengenai semua amaun yang dibayar atau diterima oleh peniaga itu semasa menjalankan urusannya;
(d)
suatu Jurnal;
(e)
suatu Lejar atau Lejar-Lejar yang menunjukkan semua transaksi—
(i)
dengan klien peniaga itu;
(ii)
dengan peniaga-peniaga lain; dan
(ii)
dengan peniaga-peniaga
(iii)
berkenaan dengan akaun-akaun nominal atau persendirian;
(f)
suatu Daftar Skrip Am yang merekodkan penerimaan dan pelupusan oleh peniaga itu akan semua sekuriti lain daripada yang diselenggara dalam Daftar Skrip Simpanan Selamat;
(g)
suatu Daftar Skrip Simpanan Selamat yang merekodkan semua sekuriti yang dipegang oleh peniaga itu untuk simpanan selamat; dan yang merekodkan
(h)
suatu Daftar Pengunderaitan yang merekodkan semua transaksi pengunderaitan dan transaksi pengunderaitan kecil yang dibuat oleh peniaga itu.
(6)
Jika apa-apa akaun atau rekod yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya disimpan tidak disimpan dengan membuat catatan-catatan dalam suatu buku berjilid tetapi dengan sesuatu cara lain, peniaga yang berkenaan itu hendaklah mengambil langkah-langkah pengawasan yang munasabah untuk memperlindunginya daripada pemalsuan dan untuk memudahkan diketahui apa-apa pemalsuan.
(5)
Bagi maksud-maksud seksyen ini apa-apa akaun atau rekod yang dikehendaki disimpan oleh seseorang peniaga boleh disimpan sama ada dengan membuat catatan-catatan dalam suatu buku berjilid atau dengan merekodkan perkara-perkara yang berkenaan itu dengan apa-apa cara lain sebagaimana diluluskan oleh/Pendaftar.
(4)
Tiap-tiap catatan dalam Daftar Skrip Simpanan Selamat dan dalam Daftar Pengunderaitan yang di simpan oleh seseorang peniaga hendaklah ditarikhkan dan ditandatangan-ringkas oleh orang yang memhnai catatan itu.