Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Cadangan-cadangan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Terbitan Modal oleh—
(i)
semua syarikat awam berhad yang ditubuhkan di Malaysia melainkan jika syarikat itu termasuk dalam apa-apa pengecualian yang dibuat melalui perintah Menteri dalam Warta, mengenai apa-apa—
(A)
terbitan atau tawaran baharu untuk menjual sekuriti kepada orang ramai, sama ada terbitan atau tawaran untuk jualau itu adalah sebagai terbitan awam atau melalui penempatan persendirian;
(B)
hak terbitan sekuriti;
(C)
bonus terbitan sekuriti selain dari dengan cara memodalkan keuntungan tak diumpuk;
(D)
skim perkiraan, skim penyusunan semula, skim ambilalih, skim opsen syer dan pemerolehan aset dengan cara terbitan sekuriti; dan
(E)
pensenaraian dan sebut harga sekuriti di bursa saham;
(ii)
semua syarikat awam berhad yang ditubuhkan di luar Malaysia yang berniat hendak menerbit atau menawarkan sekuriti untuk jualan kepada orang ramai atau mensenaraikan sekuriti sekuriti itu di bursa saham sebelum pendaftaran prospektus-prospektus yang berkaitan dengan Pendaftaran; dan
(iii)
semua syarikat awam berhad yang ditubuhkan di luar Malaysia yang telahpun disenaraikan di bursa saham, untuk mensenaraikan dan me nyebut harga apa-apa jua sekuriti tambahan.
Jawatankuasa Terbitan Modal berd
(b)
Jawatankuasa Terbitan Modal hendaklah mengkaji cadangan-cadangan itu dan, setelah memberi perhatian kepada—
(i)
kedayamajuan syarikat itu;
(ii)
mutu dan kebolehan pengurusan syarikat itu;
(iii)
kesesuaian untuk mensenaraikan
(iii)
kesesuaian untuk mensenaraikan syarikat itu di bursa saham di mana berkenaan; dan
(iv)
kepentingan orang ramai
(iv)
kepentingan orang ramai, ia boleh meluluskan cadangan-cadangan itu mengikut apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut.
(2A)
...
(3)
Mana-mana syarikat awam berhad yang telah mengemukakan cadangan-cadangan bagi maksud subseksyen (2) dan terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Terbitan Modal boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan keputusan itu, merayu kepada Menteri dan keputusannya adalah mutktamad.
BURSA SAHAM