Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI 1983

Seksyen 9

(2)

Jika notis mengikut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) itu tidak diberi dalam tempoh dua puluh satu hari selepas sesuatu pindaan itu dibuat, maka pindaan itu hendaklah terhenti daripada mempunyai kuatkuasa dan kesan.

(3)

Menteri boleh dalam tempoh dua puluh satu hari selepas menerima notis di bawah subseksyen (1) memberi notis kepada bursa saham yang berkenaan itu bahawa dia tidak membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian tertentu daripada pindaan yang berkenaan itu dan dengan itu kesemua atau bahagian tertentu itu, mengikut mana yang berkenaan, hendak-lah terhenti daripada mempunyai kuatkuasa dan kesan.

(4)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undangundang bertulis yang lain,/Menteri-boleh dari semasa ke semasa-selepas-berunding-dengan-JawatankuasaTerbitan-Modal-dan-jawatankuasa-bursa-sahan meminda kaedah-kaedah sesuatu bursa saham yang diluluskan melalui notis bertulis dengan menyebutkanpindaan-pindaan itu dan tarikh-tarikh pindaan ituhendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan.

(5)

Sesuatu notis di bawah seksyen ini bolehlah disampaikan kepada penerima sendiri atau melalui pos.