Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN) 2017

Seksyen 10

Peruntukan kecualian

(2)

Semua kapal Malaysia yang didaftarkan di bawah peruntukan

Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berdaftar di bawah Ordinan seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Seseorang pemunya kapal Malaysia yang telah didaftarkan di bawah Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh memohon kepada Pendaftar untuk menukar bilangan syer dalam kapal itu daripada enam puluh empat kepada apa-apa bilangan syer sebagaimana yang ditentukan oleh pemunya itu.

Perkapalan Saudagar (Pindaan)

(4)

Semua permohonan bagi pendaftaran, perpindahan atau pemindahmilikan kapal dan permohonan bagi pendaftaran gadai janji atau penyerahhakan gadai janji yang dibuat di bawah Ordinan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Pendaftar di bawah peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(5)

Semua dokumen, pengendorsan, pengecualian atau perakuan berhubung dengan pendaftaran kapal Malaysia yang disediakan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, terus sah dan disifatkan telah disediakan, dibuat atau diberikan di bawah peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(6)

Semua lesen perkapalan domestik yang dikeluarkan di bawah Bahagian IIb Ordinan dan lesen bot yang dikeluarkan di bawah Bahagian XIII Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh lesen itu seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.

(7)

Semua permohonan bagi lesen perkapalan domestik di bawah Bahagian IIb Ordinan dan lesen bot di bawah