Jadual 2.
Perkhidmatan Kewangan 153
Sekatan atas menyetuju terima deposit
137. (1) Tiada seorang pun boleh menyetuju terima deposit kecuali di bawah lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, suatu pendahuluan, suatu pelaburan, suatu simpanan, suatu jualan atau suatu jualan dan belian semula atau oleh apa jua namanya disebut.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Iklan bagi deposit
138. (1) Tiada seorang pun, selain bank berlesen atau bank pelaburan berlesen, boleh menerbitkan, atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, iklan yang—
(a) mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan—
(i) untuk membuat apa-apa deposit; atau
(ii) untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa perjanjian untuk membuat apa-apa deposit; atau
(b) berniat, secara langsung atau tidak langsung, untuk membawa atau mendorong kepada pembuatan apa-apa deposit.
(1)
tidak terpakai bagi penerbitan oleh mana-mana orang bagi apa-apa iklan untuk atau bagi pihak bank berlesen atau bank pelaburan berlesen.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
154 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Sekatan atas penggunaan perkataan tertentu
139. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun boleh—
(a) dalam namanya, perihalannya atau gelarannya yang di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan—
(i) perkataan “bank” melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan perbankan atau perniagaan perbankan pelaburan;
(ii) perkataan “insurans” atau “asurans” melainkan jika orang itu diberi kuasa atau berdaftar di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan insurans, perniagaan pembrokeran insurans, perniagaan nasihat kewangan atau perniagaan pengajusteran;
(iii) perkataan “penasihat kewangan” melainkan jika orang itu diluluskan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan;
(iv) apa-apa terbitan perkataan dalam subperenggan (i), (ii)
atau (iii) dalam mana-mana bahasa; atau
(v) apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa, yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan apa-apa perniagaan dibenarkan atau berdaftar; atau
(b) membuat apa-apa representasi yang mempunyai kesan seperti dalam perenggan (a) dalam apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau dokumen yang digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa-apa cara lain walau apa jua.
(2) Sekatan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
(a) orang yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 12 bagi perkataan “bank” dalam subperenggan (1)(a)(i);
Perkhidmatan Kewangan 155
(b) orang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 12
bagi perkataan
“insurans”
atau
“asurans”
dalam subperenggan (1)(a)(ii); dan
(c) orang yang ditentukan dalam Bahagian 3 Jadual 12
bagi perkataan
“penasihat kewangan”
dalam subperenggan (1)(a)(iii).
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
BAHAGIAN IX
PASARAN WANG DAN PASARAN PERTUKARAN ASING
Kuasa Bank untuk menentukan standard atau mengeluarkan kod
140. (1) Bank boleh menentukan standard atau mengeluarkan kod bagi maksud membangunkan, atau memelihara keadaan yang teratur atau berintegriti, pasaran wang atau pasaran pertukaran asing.
(2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu termasuklah standard atau kod yang berhubungan dengan—
(a) obligasi dan kewajipan mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran itu; dan
(b) pengeluaran, penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing termasuk terbitan melalui kaunter yang harga, nilai atau obligasi pembayaran didapati daripada,
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah atau kadar pertukaran.
(3) Standard atau kod hanya boleh ditentukan atau dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b) berkenaan dengan terbitan melalui kaunter yang didapati daripada, merujuk kepada atau berdasarkan kadar faedah bagi maksud memelihara kestabilan monetari.
(4) Mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen ini.
(5) Tanpa mengehadkan kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat, sekatan atau larangan termasuk, penggantungan dalam berdagang dan sekatan atas urus niaga dalam pasaran ini atas mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran bagi kegagalan mematuhi atau menguatkuasakan apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Pelakuan dilarang dalam pasaran wang dan pasaran pertukaran asing
141. (1) Tiada seorang pun boleh—
(a) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi yang telah atau bermungkinan mempunyai kesan yang mewujudkan suatu kadar yang bukan kadar pasaran yang mengakibatkan suatu kadar buatan bagi urus niaga instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing;
(b) mewujudkan, atau menyebabkan untuk diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira untuk mewujudkan, suatu gambaran palsu atau mengelirukan mengenai urus niaga aktif instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing;
Perkhidmatan Kewangan 157
(c) membuat suatu penyataan, atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam suatu butir material dan berkemungkinan mendorong orang lain untuk berurus niaga dalam instrumen kewangan atau berkemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan kadar pasaran instrumen kewangan itu dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing dan apabila orang itu membuat penyataan, atau menyebarkan maklumat itu—
(i) orang itu tidak melaksanakan kecermatan sewajarnya sama ada penyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau
(ii) orang itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa penyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan secara material;
(d) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi berdasarkan maklumat yang tidak tersedia ada secara umum kepada orang yang berurus niaga secara tetap dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing yang akan, atau berkecenderungan untuk memberi suatu kesan material kepada harga atau nilai instrumen kewangan; atau
(e) terlibat dalam apa-apa pelakuan lain yang berhubungan dengan pasaran wang atau pasaran pertukaran asing sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.
(2) Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 266, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—
(a) perihalan pelakuan yang menjadi; atau
(b) faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu telah terlibat dalam, apa-apa pelakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
158 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan berkaitan
142. (1) Bank hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan berkaitan untuk menyelaras pengawalseliaan instrumen kewangan yang didagangkan dalam pasaran wang yang dalam bidang kuasa dan pengawasan pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa penyeliaan berkaitan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi di Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan pasaran modal, atau pengantara pasaran modal atau peserta pasaran modal.
BAHAGIAN X
PENGEMUKAAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT
Pengemukaan dokumen atau maklumat kepada Bank
143. (1) Jika di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, mana-mana orang termasuk—
(a) orang yang diberi kuasa;
(c) pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan;
(d) syarikat pemegangan kewangan;
Perkhidmatan Kewangan 159
(f) pejabat wakil yang diluluskan;
(g) institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212;
(h) perbadanan sekutu atau perbadanan berkaitan dengan orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (g); atau
(i) peserta, pengguna atau mana-mana orang yang mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam perenggan (a)
hingga (g), adalah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank, orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.
(2) Jika, bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis, Bank menghendaki apa-apa dokumen atau maklumat daripada mana-mana orang termasuk orang yang disebut dalam subseksyen
(1) , orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.
(3) Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2)
tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—
(a) yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
(b) yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesalahan atau ketinggalan berulang.
(4) Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan hendaklah dikemukakan dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
160 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(5) Mana-mana orang yang mematuhi subseksyen (1) atau (2) tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.
(6) Bank boleh menghendaki—
(a) apa-apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk ditentusahkan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau
(b) apa-apa dokumen yang dikeluarkan untuk diperakui sebagai suatu salinan sah, oleh mana-mana orang termasuk juruaudit bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(7) Tertakluk pada seksyen 145, jika suatu dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (1) berhubung dengan akaun atau hal ehwal mana-mana pelanggan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1), dokumen atau maklumat itu adalah rahsia antara Bank dan orang yang mengemukakan dokumen atau maklumat itu.
(8) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Pengemukaan maklumat statistik, dsb.
144. (1) Bagi maksud mengumpul maklumat statistik atau maklumat lain mengenai pengantaraan kewangan atau rangkuman kewangan di
Malaysia atau bagi maksud lain berhubung dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada
Bank.
Perkhidmatan Kewangan 161
(2) Tertakluk pada seksyen 145, Bank tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam apa-apa cara yang membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan.
Kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 143 dan 144 tidak terpakai
145. Kehendak kerahsiaan dalam subseksyen 143(7) dan 144(2) tidak terpakai—
(a) bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana fungsinya oleh Bank di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009, termasuk bagi maksud—
(i) biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 47
Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau
(ii) pengemukaan apa-apa cadangan kepada Jawatankuasa
Eksekutif Kestabilan Kewangan;
(b) berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 95 Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011;
(c) jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam mana-mana cara yang membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan termasuk penyiaran penyata atau laporan yang digabungkan berkenaan dengan setiap golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Bank dengan mengagregatkan angka dalam semua atau mana-mana dokumen atau maklumat yang
162 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
dikemukakan kepada Bank di bawah seksyen 143 atau 144; dan
(d) bagi maksud pendakwaan mana-mana orang bagi apaapa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
BAHAGIAN XI
PEMERIKSAAN
Pemeriksaan orang yang diberi kuasa, dsb.
146. (1) Bank boleh memeriksa, tanpa apa-apa notis terdahulu, perniagaan dan hal ehwal orang yang berikut:
(a) orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, dan pejabat, syarikat berkaitan dan mana-mana ejen mana-mana orang itu, di dalam atau di luar Malaysia;
(b) peserta pasaran; atau
(c) pejabat wakil yang diluluskan.
(2) Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), memeriksa mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb.
147. (1) Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 146, seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pegawainya atau pengawalnya—
(a) hendaklah memberikan kepada Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan
Perkhidmatan Kewangan 163
transaksi pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya;
(b) hendaklah membenarkan Bank untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan
(c) hendaklah memberikan kepada Bank, secara lisan atau bertulis, semua maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.
(2) Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), sekiranya pada pendapat
Bank bahawa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera itu boleh—
(a) diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Bank mengambil milik atas mereka; atau
(b) diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
164 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Pemeriksaan ke atas orang lain
148. (1) Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 146, memeriksa—
(a) seseorang yang pernah pada bila-bila masa, pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam subseksyen 146(1);
(b) seseorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam subseksyen 146(1); atau
(c) seseorang yang Bank percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuk juruaudit orang yang disebut dalam subseksyen 146(1), dan orang itu hendaklah memberikan kepada Bank dokumen, maklumat atau penjelasan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.
(2) Mana-mana orang yang tergolong di bawah perenggan (1)(b), atau juruaudit yang disebut dalam perenggan (1)(c) tidak bertanggungan bagi kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan suatu dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Kehadiran di hadapan Bank
149. (1) Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 146
dan 148 hendaklah hadir di hadapan Bank di tempat, dan pada suatu masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk
Perkhidmatan Kewangan 165
tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemeriksaan atau penilaian oleh juruaudit atau aktuari
150. (1) Bank boleh menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan untuk melantik juruaudit, atau aktuari, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penilaian tertentu berkenaan dengan perniagaannya atau hal ehwalnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan mengemukakan suatu laporan pemeriksaan atau penilaian itu kepada
Bank.
(2) Jika suatu pemeriksaan atau penilaian dikehendaki di bawah subseksyen (1), saraan bagi juruaudit atau aktuari dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemeriksaan atau penilaian itu hendaklah ditanggung oleh orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan.
Maklumat rahsia
151. (1) Mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2)
yang berbangkit daripada pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini,
Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Bank, atau daripada suatu pemeriksaan oleh suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di bawah seksyen 152, tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, atau mana-mana pengarah, pegawai, juruaudit atau aktuari orang itu, kepada mana-mana orang kecuali dalam apa-apa hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
166 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(2) Suatu dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak boleh didedahkan sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya, hendaklah termasuk—
(a) apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;
(b) apa-apa peringkat campur tangan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;
(c) apa-apa penilaian atas orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang dibuat oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berbangkit daripada suatu pemeriksaan atau ulasan penyeliaan lain atas orang itu termasuk apa-apa laporan, surat-menyurat atau syor yang dibuat kepada orang itu;
(d) apa-apa aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 259;
(e) apa-apa perintah yang dibuat, atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini atau oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau
(f) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.
(3) Dalam mana-mana prosiding mahkamah, jika apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam seksyen ini berkemungkinan akan didedahkan, mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding atau Bank, boleh memerintahkan
Perkhidmatan Kewangan 167
prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam kes itu, dokumen atau maklumat hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak atau Bank itu, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
152. (1) Suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan Bank di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Bank, memeriksa buku dan transaksi—
(a) pejabat wakil yang diluluskan di Malaysia bagi institusi asing;
(b) orang yang diberi kuasa yang beroperasi di Malaysia sebagai suatu cawangan institusi asing; atau
(c) orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing, yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam negara, wilayah atau tempat itu, dengan syarat bahawa pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu bagi maksud tunggal fungsi penyeliaannya.
(2) Pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu hendaklah memberi kepada Bank suatu aku janji bertulis untuk melindungi kerahsiaan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa, atau yang timbul daripada pemeriksaannya di bawah subseksyen (1) dan maksud yang maklumat itu boleh digunakan.
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(3) Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), peruntukan seksyen 133 tidak terpakai berhubung dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.
(4) Suatu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diserah simpan dengan Bank apabila pemeriksaan itu tamat.
Pendedahan maklumat oleh Bank kepada pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
153. Bank boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, memberi kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah Akta ini, apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan—
(i) mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing; atau
(ii) mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu sekutu institusi asing;
(b) mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau
(c) mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan bagi maksud menilai suatu cadangan penubuhan mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan itu,
Perkhidmatan Kewangan 169
sekiranya Bank berpendapat adalah perlu bagi dokumen atau maklumat itu didedahkan kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia bagi maksud tunggal untuk menjalankan fungsi penyeliaannya.
BAHAGIAN XII
ARAHAN PEMATUHAN
Tafsiran
154. Bagi maksud Bahagian ini, “institusi” merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Hal keadaan bagi melaksanakan kuasa untuk mengeluarkan arahan
155. Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam seksyen 156 sekiranya pada pendapat Bank bahawa institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya—
(a) sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi;
(b) sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit, pemunya polisi, peserta, pengguna, pemiutang atau orang awam secara am;
(c) telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik;
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(d) telah gagal untuk mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216
tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;
(e) telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang diertikan dalam
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau
(f) telah gagal untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu, mengambil kira, antara lain, kemunasabahan kriteria kemasukan untuk menyertai sistem pembayaran dan kos keseluruhan kepada peserta atau pengguna, atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu.
Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi
156. (1) Tertakluk pada seksyen 262, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau membuat apa-apa perbuatan, berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat Bank bahawa adalah perlu untuk memperbetulkan apa-apa hal keadaan dalam seksyen 155.
(2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), arahan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
(a) berkenaan dengan mana-mana institusi, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:
Perkhidmatan Kewangan 171
(i) untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh institusi itu dengan mana-mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;
(ii) untuk melupuskan semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh institusi itu dalam mana-mana pertubuhan perbadanan;
(iii) untuk melarang institusi itu daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya termasuk, mengenakan apa-apa had atas atau melarang pemberian kemudahan kredit, membuat pelaburan, atau dalam hal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen, penyetujuterimaan deposit, atau dalam hal penanggung insurans berlesen, pelaksanaan polisi; atau
(iv) untuk melarang institusi itu daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuatnya tertakluk pada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
(b) berkenaan dengan institusi yang ialah orang berlesen, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
(c) berkenaan dengan institusi yang ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:
(i) untuk membuat apa-apa ubah suaian kepada sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk apa-apa perkiraan pengendalian;
172 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(ii) berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu; atau
(iii) berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Penggal 1 Bahagian 1 Jadual 1.
Peruntukan am memperkatakan mengenai arahan
157. (1) Arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 156 hendaklah menentukan—
(a) alasan yang Bank bercadang untuk mengeluarkan arahan itu; dan
(b) masa yang, atau tempoh yang, arahan itu akan dipatuhi.
(2) Bank boleh pada bila-bila masa—
(a) meminda atau membatalkan suatu arahan; atau
(b) menggantikan suatu arahan dengan arahan yang lain.
(3) Apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 156 tidak menjejaskan penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
Akibat daripada kegagalan mematuhi arahan
158. Institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya yang gagal untuk mematuhi suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 156 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kewangan 173
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 156(2)(b)
159. (1) Suatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 156(2)(b) boleh mengarahkan orang berlesen untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam suatu jenis yang ditentukan dalam arahan itu.
(2) Jika orang berlesen itu telah menerbitkan syer atau instrumen modal lain dengan mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), orang berlesen itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota orang berlesen itu, bagi melanggan syer atau instrumen modal lain itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
(3) Jika seorang anggota orang berlesen itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh orang berlesen itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 156(1)
kepada orang berlesen itu menghendaki orang berlesen itu untuk menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.
BAHAGIAN XIII
CAMPUR TANGAN DAN TINDAKAN REMEDI
Pemakaian Bahagian ini kepada institusi anggota
160. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Bahagian ini, berkenaan dengan institusi yang ialah suatu institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011—
(a) Bank boleh melaksanakan kuasa yang berikut:
174 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(i) kuasa di bawah seksyen 161 hingga 163 dan perenggan 188(a); dan
(ii) bagi maksud tunggal untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan dan jika institusi itu tidak terhenti menjadi berdaya maju atau tidak dipertimbangkan oleh Bank untuk berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, kuasa di bawah peruntukan yang berikut:
(B) seksyen 189 dan 190; dan
(b) peruntukan yang berikut hendaklah terus terpakai:
(i) subseksyen 173(1) dan (2) kecuali jika permohonan untuk pelantikan seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi anggota dibuat oleh Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia;
(ii) subseksyen 173(3) dan seksyen 194; dan
kecuali jika permohonan untuk menggulungkan suatu institusi anggota dikemukakan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
(2) Bagi mengelakkan keraguan, berkenaan dengan institusi yang ialah suatu institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011, berhubung dengan seksyen 208, peruntukan itu hendaklah dibaca untuk terpakai hanya berhubungan dengan kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Bank di bawah subseksyen (1).
Perkhidmatan Kewangan 175
Penggal 1
Pemecatan pengarah, ketua pengawai eksekutif atau pegawai kanan
Tafsiran
161. Bagi maksud Penggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Kuasa untuk memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan
162. Tertakluk pada seksyen 262, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi sekiranya pada pendapat Bank bahawa pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu—
(a) tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 60 dan gagal berhenti memegang jawatan sedemikian atau bertindak dalam sifat sedemikian; atau
(b) telah memungkiri, melanggar atau gagal mematuhi atau, melalui tindakan atau kecuaian, telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, atau ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, suatu arahan di bawah seksyen 156 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 259.
Peruntukan yang berhubungan dengan pemecatan
163. (1) Pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi di bawah seksyen 162 hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan
176 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
hendaklah terhenti daripada terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal institusi itu.
(2) Pemecatan pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan di bawah seksyen 162 adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau mana-mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seorang yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan itu tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.
Penggal 2
Kuasa untuk melakukan campur tangan dan tindakan remedy
Subpenggal 1 – Hal keadaan bagi melaksanakan campur tangan dan tindakan remedy
Tafsiran
164. Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Hal keadaan bagi pelaksanaan kuasa Bank
165. Jika pada pendapat Bank bahawa mana-mana hal keadaan yang berikut wujud berkenaan dengan institusi:
(a) institusi itu telah mungkir atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;
(b) institusi itu telah gagal mematuhi apa-apa arahan di bawah seksyen 156;
Perkhidmatan Kewangan 177
(c) aset institusi itu tidak mencukupi bagi memberikan perlindungan yang memadai kepada pendepositnya, pemunya polisinya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(d) modal institusi itu telah mencapai suatu tahap atau merosot dengan cara yang boleh memberi kesan yang memudaratkan pendepositnya, pemunya polisinya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya atau orang awam secara am;
(e) institusi itu telah menjadi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak solven atau berkemungkinan untuk menjadi tidak berupaya untuk memenuhi semua atau mana-mana obligasinya; atau
(f) apa-apa hal ehwal keadaan lain yang wujud berkenaan dengan institusi itu yang boleh menjejaskan secara material kepentingan pendeposit, pemunya polisi, peserta, pengguna atau pemiutang institusi itu, termasuk jika prosiding di bawah suatu undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan telah dimulakan di
Malaysia atau tempat lain berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan institusi itu termasuklah syarikat pemegangan kewangannya,
Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini atau
Penggal 3.
Subpenggal 2 – Pengambilalihan kawalan
Tafsiran
166. Bagi maksud Subpenggal ini—
“orang yang dilantik” merujuk kepada orang yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 167(1);
178 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
“institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Kuasa untuk mengambil alih kawalan
167. (1) Tertakluk pada seksyen 262, jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan institusi,
Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaannya dan hal ehwalnya, atau melantik mana-mana orang untuk berbuat sedemikian bagi pihak Bank.
(2) Terma dan syarat orang yang dilantik hendaklah diputuskan oleh Bank.
(3) Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1) atau dibatalkan di bawah subseksyen 168(1), Bank hendaklah—
(a) memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan
(b) memberi notis permulaan pengambilalihan kawalan di bawah subseksyen (1), atau pembatalan perintah secara bertulis di bawah subseksyen 168(1), seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu dalam bahasa kebangsaan.
(4) Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan orang yang dilantik, hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.
Kesan pengambilalihan kawalan
168. (1) Apabila mengambil alih kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, Bank atau orang yang dilantik hendaklah mengambil jagaan dan kawalan atas semua atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu
Perkhidmatan Kewangan 179
dan hendaklah menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal insitusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu sehingga perintah itu dibatalkan oleh Bank secara bertulis.
(2) Semasa tempoh suatu perintah di bawah Subpenggal ini berkuat kuasa, fungsi, hak dan keistimewaan—
(a) pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah tergantung melainkan jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis kepada mana-mana pengarah supaya kekal sebagai pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk terus dalam pekerjaan dengan institusi itu atas terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank; dan
(b) mana-mana pegawai kanan institusi itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, hendaklah digantung.
(3) Bank atau orang yang dilantik hendaklah diletak hak dengan apa-apa kuasa dan fungsi institusi itu dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya atau yang boleh dilaksanakan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak kira sama ada kuasa boleh dilaksanakan melalui ketetapan atau dalam apa-apa jua cara lain.
(4) Bank atau orang yang dilantik, dalam memberi kesan atas apa-apa tindakan di bawah Subpenggal ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan anggota atau pemiutang institusi itu dalam suatu mesyuarat agong atau sebaliknya walau apa pun mana-mana kontrak atau undang-undang termasuklah tanpa mengehadkan seksyen 132C, 132D atau 132E *Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituennya.
(5) Bank atau orang yang dilantik boleh mengubah dokumen konstituen institusi itu atau perkiraan lain bagi tadbir urus jika pengubahan itu perlu untuk memudahkan penjalanan kuasa atau
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
180 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah
Subpenggal ini, berhubungan dengan institusi itu.
(6) Bank atau orang yang dilantik boleh menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu, atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh
Bank.
(7) Seksyen 99, 100 dan 102 tidak terpakai bagi apa-apa penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta di bawah subseksyen (6).
Maklumat dan kemudahan
169. (1) Jika kawalan atas keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah Subpenggal ini—
(a) institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya dan pegawainya hendaklah menyerahkan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta kepada kawalan itu dan mengemukakan kepada Bank atau orang yang dilantik dengan apa-apa kemudahan, dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini; dan
(b) Bank atau orang yang dilantik boleh menghendaki seseorang yang telah, pada bila-bila masa, menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai institusi itu untuk memberi
Bank atau orang yang dilantik apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu yang dikehendaki oleh Bank atau orang yang dilantik.
(2) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau gagal untuk mematuhi kehendak di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima
Perkhidmatan Kewangan 181
juta ringgit atau kedua-duanya.
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan
170. (1) Apabila mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis bagi pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk kekal dalam pelantikannya menurut perenggan 168(2)(a), apa-apa ganjaran yang dibayar kepada pengarah atau ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah diputuskan oleh
Bank, berhubungan dengan aktiviti yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Bank atau orang yang dilantik.
(2) Walau apa pun apa-apa jua terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, penggantungan pengarah atau ketua pegawai eksekutif di bawah perenggan 168(2)(a) tidak memberikannya hak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penggantungan itu.
(3) Suatu perintah di bawah Subpenggal ini tidak memberikan kesan—
(a) pemberian atas, atau perletakhakan dalam, Bank atau orang yang dilantik, apa-apa hak kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta institusi itu yang perintah itu berhubungan; atau
(b) menjadikan Bank atau orang yang dilantik bertanggungan bagi apa-apa obligasi atau liabiliti institusi itu, sama ada yang dilakukan sebelum atau selepas perintah itu berkuat kuasa.
(4) Jika Bank atau orang yang dilantik menjual atau melupuskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan atau harta institusi itu menurut subseksyen 168(6), mana-mana orang yang terkilan oleh harga urus niaga boleh merayu atas harga urus niaga kepada
Jawatankuasa Pentaksir dan seksyen 210 hendaklah terpakai.
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Subpenggal 3 – Kuasa untuk melantik penerima dan pengurus
Tafsiran
171. Bagi tujuan Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Pelantikan penerima dan pengurus oleh Bank
172. (1) Tertakluk pada seksyen 262, jika apa-apa hal keadaan yang diperihalkan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan institusi,
Bank boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah—
(a) untuk melantik seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu; dan
(b) bagi semua hal yang berkaitan, bersampingan atau berbangkit daripada perintah atau arahan Mahkamah Tinggi berhubungan dengan pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, adalah perlu atau wajar.
(2) Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai penerima dan pengurus, seorang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya termasuk mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi memenuhi kekosongan atau bagi memecat dan menggantikan seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah Subpenggal ini.
(3) Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan penerima dan pengurus itu hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.
(4) Seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah
Subpenggal ini boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi arahan
Perkhidmatan Kewangan 183
berhubungan dengan apa-apa perkara yang berbangkit di bawah pelantikan itu.
Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012
[P.U. (A) 205/2012] tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini.
(6) Suatu permohonan bagi pelantikan penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini boleh dibuat secara ex parte saman pemula.
Pelantikan penerima dan pengurus oleh orang selain Bank
173. (1) Mana-mana orang boleh membuat suatu permohonan ke
Mahkamah Tinggi bagi pelantikan penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan memberikan notis bertulis tiga puluh hari kepada Bank tentang niatnya untuk melakukan sedemikian.
(2) Jika suatu permohonan dibuat ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk melantik seorang penerima dan pengurus bagi menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seberapa yang praktik, menyampaikan satu salinan permohonan orang itu hendaklah dimeterai kepada Bank.
(3) Jika, menurut suatu debentur atau apa-apa instrumen yang lain, penerima atau pengurus telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan, orang berdaftar atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang yang selain Bank, orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank tentang pelantikan itu.
184 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Peruntukan berhubungan dengan pelantikan penerima dan pengurus
174. Jika seorang penerima dan pengurus telah dilantik oleh Bank untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi menurut seksyen 172, penerima dan pengurus itu hendaklah mempunyai kuasa—
(a) untuk masuk ke dalam mana-mana premis institusi itu dan mengambil pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menghendaki mana-mana orang di dalam premis itu untuk mengambil kira dan menyerah hantar kepada Bank atau penerima dan pengurus, pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan atau harta itu;
(b) tertakluk pada perenggan (c), untuk menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu menurut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;
(c) untuk menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta institusi itu yang tertakluk pada perjanjian yang mewujudkan suatu kepentingan cagaran kepada mana-mana orang yang bersetuju untuk mengambil alih obligasi yang dijamin oleh kepentingan cagaran itu;
(d) untuk mengatur bagi pengambilalihan semua atau mana-mana bahagian liabiliti institusi itu oleh mana-mana orang;
Perkhidmatan Kewangan 185
(e) untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan institusi itu setakat yang penerima dan pengurus menyifatkannya perlu atau benefisial;
(f) untuk membawa guaman, membela, berkompromi dan menyelesaikan, atas nama institusi itu, apa-apa tuntutan yang dibuat olehnya atau terhadapnya;
(g) atas nama institusi, melakukan semua tindakan dan melaksanakan semua penerimaan dan dokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu, menggunakan meterai rasminya; dan
(h) melakukan semua apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan hak dan kuasa penerima dan pengurus.
Subpenggal 4 – Pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti
Tafsiran
175. Bagi maksud Subpenggal ini—
“harga urus niaga” ertinya harga yang keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 176 telah diletak hak kepada penerima pindahan;
“institusi baki” ertinya orang berlesen yang perniagaan, aset atau liabilitinya telah terletak hak kepada penerima pindahan mengikut seksyen 176;
“pemindah” ertinya orang berlesen di bawah Subpenggal ini yang disebut dalam seksyen 176;
“penerima pindahan” ertinya institusi perantaraan atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diletak hak
186 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
di bawah Subpenggal ini keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 176;
“perniagaan yang dipindahkan” ertinya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang telah diletak hak kepada penerima pindahan.
Perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti
176. (1) Menteri boleh, atas syor Bank, menamakan secara bertulis suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh
Bank di bawah perenggan 48(1)(da) Akta Bank Negara Malaysia 2009 sebagai institusi perantaraan bagi maksud meletakhakkan dalam pertubuhan perbadanan itu perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam subseksyen (2).
(2) Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan orang berlesen, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, meletakhakkan pada institusi perantaraan atau mana-mana orang lain, keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen itu.
(3) Bagi maksud subseksyen (2), Jadual Ketiga Akta Bank Negara
Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah Subpenggal ini dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang perintah itu dibuat kepada atau terjejas oleh perintah itu.
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pemindahan wajib
177. (1) Jadual Ketiga Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah
Subpenggal ini, dengan ubah suaian, seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 13 dan Menteri boleh menetapkan apa-apa ubah suaian lain sebagaimana perlu bagi memberi kesan kepada perintah itu.
Perkhidmatan Kewangan 187
(2) Jika Bank membuat suatu perintah di bawah Subpenggal ini atas orang berlesen, Bank hendaklah—
(a) memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan
(b) memberi notis tentang perintah itu seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(3) Notis di bawah perenggan (2)(b) hendaklah termasuklah harga urus niaga bagi pemindahan dan hak mana-mana orang yang terkilan untuk merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa
Pentaksir.
(4) Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diputuskan oleh penilai bebas.
(5) Tertakluk pada subseksyen (9), penerima pindahan dan pemindah hendaklah bersetuju secara bersama akan orang yang dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4).
(6) Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (5) tidak dapat dipersetujui antara penerima pindahan dan pemindah itu dalam suatu tempoh yang Bank putuskan sebagai munasabah, Bank hendaklah merujuk perkara ini kepada Menteri dan pelantikan penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri.
(7) Saraan bagi penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (5)
atau (6) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga melainkan jika diputuskan selainnya oleh Bank.
(8) Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (4)
bagi perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu, penilai bebas hendaklah—
188 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(a) mengambil kira perkara yang penilai bebas itu berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset atau liabiliti serupa bagi pemindah itu; dan
(b) tidak mengambil kira apa-apa manfaat yang diperoleh daripada bantuan kewangan khas yang diperuntukkan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu.
(9) Jika peletakhakan di bawah Subpenggal ini bagi institusi perantaraan, penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4)
hendaklah dilantik oleh Menteri.
(10) Jika mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir, seksyen 210 hendaklah terpakai.
Obligasi berterusan
178. (1) Bank boleh mengarahkan institusi baki dan mana-mana orang yang telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pemindah itu bagi pengendalian perniagaannya, untuk terus menyediakan kepada penerima pindahan itu, apa-apa perkhidmatan dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk membolehkan penerima pindahan itu untuk mengendalikan perniagaan yang dipindahkan secara berkesan.
(2) Kewajipan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut arahan Bank dalam subseksyen (1) adalah tertakluk pada hak untuk menerima balasan yang munasabah daripada penerima pindahan itu.
(3) Mana-mana institusi baki atau orang yang gagal mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kewangan 189
Subpenggal 5 – Peruntukan yang berhubungan dengan institusi perantaraan
Penamaan institusi perantaraan
179. (1) Jika Menteri telah menamakan institusi perantaraan di bawah seksyen 176—
(a) penamaan itu hendaklah habis tempoh dua tahun selepas ia dibuat, melainkan jika penamaan itu—
(i) dilanjutkan di bawah perenggan (b); atau
(ii) ditamatkan di bawah perenggan (c);
(b) Menteri boleh, atas syor Bank, melanjutkan penamaan itu untuk satu tempoh atau lebih, yang setiap satunya tidak boleh melebihi satu tahun; dan
(c) penamaan hendaklah tamat pada tarikh berlakunya mana-mana salah satu peristiwa yang berikut, mengikut mana-mana yang lebih awal:
(i) Bank berhenti memegang syer dalam institusi perantaraan itu;
(ii) semua atau sebahagian besar aset institusi perantaraan diperoleh, atau semua atau sebahagian besar liabiliti institusi perantaraan diambil alih, atau kedua-duanya, oleh seorang yang bukan institusi perantaraan; atau
(iii) Menteri, atas syor Bank, memutuskan bahawa penamaan itu hendaklah ditamatkan.
(2) Jika institusi perantaraan menukar nama syarikatnya dalam tempoh dua belas bulan sebelum atau selepas penamaan itu, institusi perantaraan hendaklah dikecualikan daripada menyatakan atau
190 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
selainnya menunjukkan nama lamanya atas apa-apa jua apa-apa meterai, dokumen atau surat cara.
Penyiaran notis
180. Apabila institusi perantaraan dinamakan atau jika penamaan itu dilanjutkan di bawah perenggan 179(1)(b) atau ditamatkan di bawah perenggan 179(1)(c), Bank hendaklah seberapa segera yang praktik menyiarkan suatu notis, yang menyatakan tarikh peristiwa itu berlaku dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Institusi perantaraan diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan
181. (1) Apabila ia dinamakan sedemikan, dan selama mana penamaan itu berterusan, institusi perantaraan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan untuk menjalankan perniagaan orang berlesen itu yang perniagaan, aset atau liabilitinya telah diletak hak dalam institusi perantaraan itu.
(2) Bank boleh mengecualikan institusi perantaraan itu daripada apa-apa kehendak, atau memberikan apa-apa kelulusan, di bawah Akta ini sebagaimana perlu bagi memudahkan penjalanan perniagaan berlesennya.
Institusi perantaraan tidak bertanggungan atas obligasi terdahulu berkenaan dengan pegawai
182. Jika institusi perantaraan menjadi majikan mana-mana individu yang adalah pegawai atau bekas pegawai orang berlesen, institusi perantaraan itu tidak—
(a) bertanggungan bagi apa-apa obligasi orang berlesen atau pendulunya berkenaan dengan individu itu yang wujud sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu itu atau berkenaan dengan apa-apa rancangan pencen atau rancangan manfaat lain selepas pekerjaan bagi individu itu
Perkhidmatan Kewangan 191
atau penakatnya, atau berkenaan dengan apa-apa perjanjian kolektif dengan suatu kesatuan sekerja atau suatu majlis kesatuan sekerja; atau
(b) bertanggungan bagi apa-apa upah atau gaji yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu berkenaan.
Penangguhan berkenaan dengan institusi perantaraan
183. Semasa tempoh sembilan puluh hari berikutan penamaan institusi perantaraan—
(a) tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal, boleh dimulakan atau diteruskan terhadap institusi perantaraan itu atau berkenaan dengan asetnya;
(b) tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau kaedah lain bagi menguatkuasakan suatu penghakiman, award atau perintah terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya boleh dibuat atau diteruskan; dan
(c) tiada pemiutang institusi perantaraan itu mempunyai apa-apa remedi terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya.
Bantuan kewangan kepada institusi perantaraan
184. Walau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009,
Bank boleh memberi institusi perantaraan apa-apa bantuan kewangan sebagaimana yang Bank fikirkan wajar dan institusi perantaraan itu hendaklah, apabila dituntut atau pada mana-mana masa lain sebagaimana yang Bank tentukan, membayar balik atau membayar ganti kepada Bank, bantuan kewangan itu atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.
192 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Subpenggal 6 – Penstrukturan semula modal syer
Tafsiran
185. Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Kuasa untuk mengurangkan modal syer institusi
186. (1) Walau apa pun apa-apa dokumen konstituen suatu institusi,
Bank boleh memohon kepada
Mahkamah
Tinggi untuk suatu perintah—
(a) jika modal berbayar institusi itu telah hilang atau tidak diwakili oleh aset yang sedia ada, untuk membatalkan modal berbayar institusi itu yang telah hilang atau tidak diwakili oleh aset sedia ada; atau
(b) jika suatu panggilan telah dibuat oleh institusi itu atas anggotanya untuk membayar bahagian syer masing-masing yang belum berbayar, jika ada, dan bayaran belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam panggilan itu, untuk menggabungkan bahagian syer yang telah berbayar sebagai berbayar sepenuhnya dan untuk membatalkan apa-apa syer yang masih tidak berbayar.
(2) Jika Bank memohon untuk membatalkan modal syer di bawah subseksyen (1), institusi itu tidak dikehendaki untuk memberi notis atau mendapatkan kelulusan daripada anggota atau pemiutangnya dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya.
(3) Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), peruntukan seksyen 64
*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 193
Subpenggal 7 – Bantuan kewangan
Tafsiran
187. Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
Bantuan likuiditi atau kewangan kepada institusi
188. Walau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009
dan tertakluk pada subseksyen 160(1)—
(a) Bank boleh menyediakan bantuan likuiditi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan layak oleh
Bank, kepada institusi yang pada pendapat Bank hampir atau berkemungkinan untuk menggantung pembayaran pada apa-apa takat; atau
(b) jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165
wujud berkenaan dengan suatu institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu
Menteri, menyediakan bantuan kewangan kepada institusi yang lain atau mana-mana orang lain untuk membeli apa-apa syer, atau keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau liabiliti, institusi yang pertama kali disebut.
Subpenggal 8 – Moratorium
Tafsiran
189. Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
194 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Permohonan bagi moratorium
190. (1) Jika Bank, bagi kepentingan pendeposit, pemunya polisi atau peserta suatu institusi, telah mengeluarkan suatu arahan melarang suatu institusi daripada menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di bawah Akta ini, Bank boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan Bank, membuat suatu perintah penggantungan bagi suatu tempoh yang tidak lebih dari enam bulan, bermula atau bersambung daripada apa-apa prosiding secara sivil oleh atau terhadap institusi berkenaan dengan mana-mana perniagaannya dan
Mahkamah Tinggi boleh, apabila mendengar suatu permohonan ex parte yang difailkan oleh Bank, membuat perintah itu.
(2) Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberitahu hakikat itu dalam Warta.
Penggal 3
Penggulungan
Subpenggal 1 – Peruntukan am mengenai penggulungan
Tafsiran
191. Bagi maksud Penggal ini—
“institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan;
“pelikuidasi” termasuklah seorang pelikuidasi sementara, jika terpakai.
Pemakaian
*Akta
Syarikat 1965
berhubungan dengan penggulungan institusi
192. Peruntukan *Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 195
penggulungan syarikat hendaklah terpakai bagi penggulungan institusi, melainkan jika diperuntukkan secara khusus selainnya dalam
Penggal ini.
Bank membuat permohonan bagi penggulungan
193. Tertakluk pada seksyen 262, jika apa-apa hal keadaan yang ditentukan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan institusi,
Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri dan Menteri boleh atas syor sedemikian, memberi kuasa kepada Bank untuk mengemukakan suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi penggulungan institusi dan Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan penggulungan institusi menurut permohonan yang dikemukakan oleh Bank di bawah
Penggal ini.
Sekatan atas penggulungan secara sukarela
194. (1) Institusi, sama ada atau tidak lesennya atau penamaannya telah dibatalkan, atau orang yang diluluskan, tidak boleh digulung secara sukarela tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(2) Orang berdaftar tidak boleh digulungkan secara sukarela tanpa memberikan notis bertulis terdahulu kepada Bank.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Penggulungan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan oleh orang selain Bank
195. (1) Tiada permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan boleh dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh mana-mana orang tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
196 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(2) Tertakluk pada subseksyen (1), jika suatu permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan telah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh orang selain Bank—
(a) orang itu hendaklah menyampaikan satu salinan permohonan kepada Bank pada masa yang sama ia dikemukakan; dan
(b) Bank hendaklah menjadi pihak kepada prosiding penggulungan dan berhak untuk hadir dan didengar dalam segala prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu dan memanggil, memeriksa dan memeriksa balas mana-mana saksi.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Pelantikan dan saraan pelikuidasi
196. (1) Mahkamah Tinggi, jika suatu perintah penggulungan dibuat berkenaan dengan institusi menurut seksyen 193, hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya dan hendaklah menentukan bahawa saraan pelikuidasi itu hendaklah diputuskan oleh Bank.
(2) Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya—
(a) untuk mengisi suatu kekosongan; atau
(b) untuk memecat dan menggantikan pelikuidasi yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Perkhidmatan Kewangan 197
Kawalan atas pelikuidasi
197. Tertakluk pada suatu perintah Mahkamah Tinggi, pelikuidasi, selain Pegawai Penerima, yang dilantik di bawah seksyen 196
hendaklah menjalankan fungsinya di bawah arahan dan pengawasan
Bank.
Penyata hal ehwal
198. Penyata hal ehwal institusi pada tarikh perintah penggulungan yang dibuat menurut seksyen 234 *Akta Syarikat 1965 hendaklah dikemukakan kepada Bank pada masa yang sama sebagaimana ia dikemukakan kepada Pegawai Penerima.
Kesalahan oleh pegawai institusi
199. Seksyen 300 *Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi institusi seolah-olah sebutan dalam seksyen itu kepada “pegawai atau penyumbang” adalah sebutan mengenai pengarah, pegawai, ejen atau penyumbang institusi.
Subpenggal 2- Peruntukan tertentu untuk penanggung insurans berlesen
Penilaian aset dan liabiliti
200. Dalam penggulungan penanggung insurans berlesen, sama ada atau tidak lesennya telah dibatalkan dan sama ada ia tidak solven atau tidak, nilai aset dan liabilitinya, termasuk liabiliti berkenaan dengan polisi, hendaklah dipastikan atas dasar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai kepada penilaian liabilitinya.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
198 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Penamatan polisi insurans
201. (1) Polisi penanggung insurans berlesen hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa mulai dari tarikh perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan penanggung insurans berlesen itu.
(2) Jika polisi terhenti daripada berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), pemunya polisi itu hanya layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya—
(a) dalam hal suatu polisi am, pemulangan sebahagian daripada premium yang sepadan dengan baki tempoh polisi;
(b) dalam hal polisi hayat, nilai polisi hayat itu;
(c) nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang berasingan berkenaan dengan polisi itu; atau
(d) apa-apa pemulangan atau amaun lain, yang hendaklah dipastikan atas apa-apa dasar sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(3) Pelikuidasi hendaklah memberitahu setiap pemunya polisi dan, dalam hal suatu polisi kumpulan, pemunya polisi kumpulan, tentang pemberhentian polisi insurans itu melalui pos berdaftar ke alamat kediaman atau pejabatnya yang terakhir diketahui dan melalui iklan dalam mana-mana surat khabar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Penepian beban bukti ketat mengenai hutang
202. Jika didapati oleh pelikuidasi itu bahawa oleh sebab dokumennya yang tidak mencukupi, atau apa-apa hal keadaan yang lain, kesulitan akan timbul jika dia menghendaki beban bukti yang ketat mengenai hutang, dia boleh bertindak atas keterangan yang difikirkannya patut dan pembayaran hutang yang dibuat secara suci hati oleh pelikuidasi kepada mana-mana orang yang berhak atas tuntutan itu hendaklah melepaskan pelikuidasi itu daripada semua liabiliti berkenaan dengan hutang itu.
Perkhidmatan Kewangan 199
Larangan terhadap pengeluaran polisi
203. Tiada pengarah, pekerja, ejen atau penyumbang, dahulu atau sekarang, penanggung insurans berlesen pun yang sedang digulungkan selepas pemberhentian perniagaan insuransnya, boleh meneruskan pengeluaran polisi.
Penerusan perniagaan hayat
204. (1) Walau apa pun perenggan 236(1)(a) *Akta Syarikat 1965, pelikuidasi penanggung insurans hayat berlesen itu—
(a) boleh menjalankan perniagaan hayatnya dengan tujuan untuk ia dipindahkan sebagai perniagaan yang sudah berjalan kepada penanggung insurans berlesen yang lain tetapi tidak boleh mengeluarkan polisi baharu; dan
(b) tertakluk pada subseksyen (2), boleh memindahkan asetnya dan liabilitinya kepada penanggung insurans berlesen lain, termasuk liabiliti di bawah polisi hayat dan Penggal 4
Bahagian VI hendaklah terpakai bagi pemindahan itu.
(2) Pelikuidasi boleh, bagi maksud suatu pemindahan di bawah perenggan (1)(b), memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk mengurangkan—
(a) amaun liabiliti di bawah polisi hayat penanggung insurans berlesen itu; atau
(b) amaun liabilitinya yang lain, dan Mahkamah Tinggi boleh mengurangkan liabiliti itu setakat perlu dengan mempertimbangkan nilai aset penanggung insurans sedia ada tertakluk pada apa-apa syarat yang pada pendapatnya patut.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
200 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Subpenggal 3- Keutamaan pembayaran dalam penggulungan
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank pelaburan berlesen
205. Dalam penggulungan bank pelaburan berlesen, aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank pelaburan berlesen berkenaan dengan semua deposit di Malaysia diutamakan berbanding semua liabiliti tidak bercagar yang lain bank pelaburan berlesen itu di Malaysia selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1)
*Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956
[Akta 359].
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank pelaburan berlesen yang menjalankan perniagaan perbankan Islam
206. (1) Bagi maksud seksyen ini, “deposit Islam” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
(2) Tanpa menjejaskan seksyen 205, dalam penggulungan bank pelaburan berlesen yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a)
untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam—
(a) aset bank pelaburan berlesen itu yang diperoleh dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan
Islamnya, hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti yang ditanggung dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan Islam, dalam turutan yang dinyatakan dalam seksyen 205; dan
(b) jika aset bank pelaburan berlesen yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat bagi memenuhi liabilitinya di bawah perenggan (a), apa-apa lebihan aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 201
digunakan untuk memenuhi liabiliti bank pelaburan berlesen itu di bawah subseksyen (3).
(3) Tanpa menjejaskan seksyen 205, dalam penggulungan bank pelaburan berlesen—
(a) aset yang diperoleh oleh bank pelaburan berlesen dalam penjalanan perniagaan perbankan Islamnya termasuk kumpulan wang perbankan Islam atau mana-mana akaun yang diadakan di bawah subseksyen 15(3), tertakluk pada perenggan (b)—
(i) tidak tertakluk pada hutang bank pelaburan berlesen itu kecuali berkenaan dengan perniagaan perbankan
Islamnya atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c); dan
(ii) hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank pelaburan berlesen itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar lain yang ditanggung dalam penjalanan perniagaan perbankan
Islamnya, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10
Akta Prosiding Kerajaan 1956, yang berpunca daripada perniagaan perbankan Islamnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
(b) walau apa pun subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk pada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 1965 (1)(a)
*Akta Syarikat 1965 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
202 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f)
*Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh bank pelaburan berlesen itu di Malaysia, hendaklah menjadi sedia ada, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:
(i) untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;
(ii) untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada bank pelaburan berlesen itu; dan
(iii) untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan; dan
(c) jika aset bank pelaburan berlesen yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat untuk memenuhi liabilitinya di bawah subperenggan (a)(ii), apa-apa lebihan aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti bank pelaburan berlesen itu termasuk liabiliti bank pelaburan berlesen itu di bawah seksyen 205 menurut aturan keutamaan yang dinyatakan di dalamnya.
(4) Bagi maksud subperenggan (3)(a)(ii), peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 untuk menetapkan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit
Islam.
Pemakaian kumpulan wang insurans dalam penggulungan
207. (1) Dalam penggulungan penanggung insurans berlesen, aset kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk memenuhi liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 203
berbanding dengan liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1)
*Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada
Kerajaan di bawah seksyen 10
Akta Prosiding Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans.
(2) Tertakluk pada subseksyen (1)—
(a) aset kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 hendaklah digunakan pertamanya untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu;
(b) jika aset kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dansekiranya lebihan aset itu digunakan untuk memenuhi liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu;
(c) apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b)
hendaklah dipenuhi daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi yang tidak dipenuhi hendaklah mempunyai keutamaan berbanding dengan liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang ditentukan di bawah subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
204 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(d) apa-apa aset lain yang dipegang oleh penanggung insurans berlesen itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(3) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2), jika Bank di bawah subseksyen 81(1) telah menentukan bahawa penanggung insurans asing berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang insurans berasingan bagi polisi Malaysianya, dalam penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, aset kumpulan wang ini—
(a) hendaklah hanya digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu; dan
(b) berkuat kuasa dari tarikh penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, tidak boleh dijual, dialih, dilesapkan, diberi milik, dipindahkan, diserahhakkan, dibebankan, diagihkan atau diuruskan selainnya dengan apa-apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam seksyen 340 *Akta Syarikat 1965 atau suatu perintah penggulungan bagi penanggung insurans asing berlesen, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.
(5) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 205
Penggal 4
Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank
Kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah Bahagian ini
208. Tidak ada apa pun dalam Bahagian ini boleh menghalang Bank daripada mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Bahagian ini.
Perjanjian kewangan yang layak
209. (1) Bagi maksud seksyen ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.
(2) Pihak-pihak di bawah perjanjian kewangan yang layak boleh meneruskan penguatkuasaan haknya di bawah perjanjian kewangan yang layak itu dan tidak terjejas oleh—
(a) pengambilalihan kawalan orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan menurut seksyen 167;
(b) pelantikan penerima dan pengurus perniagaan, hal ehwal atau harta mana-mana institusi menurut seksyen 172; atau
(c) pembuatan suatu perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen mengikut seksyen 176, kecuali semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 260
apabila pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima atau pengurus bermula.
(3) Jika perjanjian kewangan yang layak dipindahkan kepada mana-mana orang menurut pelaksanaan kuasa di bawah
206 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
subseksyen 168(6) atau seksyen 174 atau institusi perantaraan atau mana-mana orang lain di bawah seksyen 176—
(a) orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu hendaklah mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak institusi itu yang daripada perjanjian itu dipindahkan; dan
(b) penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian sedemikian.
(4) Sekiranya perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan kepada institusi perantaraan atau orang lain, pihak-pihak kepada perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah perjanjian itu pada habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2).
(5) Jika perjanjian kewangan yang layak institusi dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu semasa tempoh yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen (2), dan jika orang itu ialah seorang pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian itu dengan institusi yang sama, semua atau tiada satu pun transaksi kewangan yang layak itu hendaklah dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.
(6) Sekiranya perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa-apa harta institusi itu dipindahkan, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.
Jawatankuasa Pentaksir
210. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga yang berbangkit daripada—
Perkhidmatan Kewangan 207
(a) suatu penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 168(6); atau
(b) suatu pemindahan wajib bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen menurut seksyen 176, boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penjualan, pelupusan atau pemindahan itu, merayu atas harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir dengan mengemukakan suatu rayuan secara bertulis kepada Bank.
(2) Jika mana-mana orang merayu di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir, dipilih daripada suatu panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Bank dan merujuk rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir untuk menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu.
Pentaksir yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) boleh memutuskan tatacaranya sendiri.
(4) Dalam menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu,
Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengambil kira apa-apa perkara yang ia berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi penjualan atau pemindahan harta, perniagaan, aset atau liabiliti yang serupa bagi orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu.
(5) Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—
(a) harga urus niaga kurang daripada harga yang pada pendapatnya harga yang munasabah bagi harta, perniagaan, aset atau liabiliti itu, ia hendaklah menasihati Bank untuk membayar perbezaan antara harga urus niaga dan harga yang munasabah itu; atau 208 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(b) harga urus niaga pada pendapatnya harga yang munasabah, ia hendaklah menasihati Bank dengan sewajarnya.
(6) Bank hendaklah memberitahu orang yang terkilan secara bertulis tentang keputusan Jawatankuasa Pentaksir di bawah subseksyen (5).
(7) Walau apa pun subseksyen (5), jika institusi itu tidak solven dan keseluruhan harta, perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu dijual atau dilupuskan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 168(6), atau dipindahkan oleh Bank di bawah seksyen 176, suatu balasan sebanyak satu ringgit hendaklah disifatkan sebagai munasabah sebagai harga urus niaga itu.
(8) Penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta itu di bawah subseksyen 168(6) atau pemindahan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti di bawah seksyen 176 hendaklah berkuat kuasa walaupun apa-apa rayuan kepada atau apa-apa keputusan dibuat oleh, Jawatankuasa Pentaksir.
(9) Suatu keputusan Jawatankuasa Pentaksir adalah muktamad dan mengikat pihak yang membuat rayuan.
BAHAGIAN XIV
KUASA BANK YANG LAIN
Penggal 1
Pengawalseliaan institusi kewangan yang ditetapkan
Tafsiran
211. Bagi maksud Penggal ini, “aktiviti pengantaraan kewangan”
termasuklah—
(a) penyetujuterimaan deposit;
Perkhidmatan Kewangan 209
(b) pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau tidak kira dengan apa jua namanya disebut;
(c) perniagaan pemajakan;
(d) perniagaan pemfaktoran;
(e) pembelian bil pertukaran, nota janji hutang, sijil deposit, debentur atau surat cara boleh niaga lain;
(f) penyetujuterimaan, atau pemberian apa-apa jaminan berhubungan dengan, liabiliti, obligasi atau kewajipan mana-mana orang;
(g) sewa beli, termasuk transaksi sewa-beli menurut
Akta Sewa Beli 1967;
(h) pemerolehan hak atau kepentingan dalam suatu sewa beli, pemajakan atau transaksi seumpama yang lain;
(i) apa-apa aktiviti yang bersampingan, berkaitan atau selainnya yang memudahkan atau berhubung rapat dengan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (h) di atas; dan
(j) mana-mana perniagaan atau aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3.
Kuasa Menteri untuk menetapkan institusi kewangan
212. (1) Menteri boleh menetapkan mana-mana orang yang tidak berada di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank dan terlibat dalam aktiviti pengantaraan kewangan sebagai suatu institusi kewangan yang ditetapkan—
210 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(a) atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab bagi pengawalseliaan dan penyeliaan orang itu; atau
(b) atas syor Bank, dalam mana-mana hal lain, sekiranya orang itu, pada pendapat Bank, menimbulkan atau berkemungkinan untuk menimbulkan suatu risiko kepada kestabilan kewangan berbangkit daripada—
(i) aktiviti pengantaraan kewangannya yang termasuklah penjanaan kematangan atau transformasi likuiditi, melibatkan pemindahan risiko kredit yang tidak sempurna, mewujudkan atau memudahkan pergantungan berlebihan atau menimbulkan kebimbangan mengenai arbitraj kawal selia;
(ii) sifat, ruang lingkup, saiz, skala atau penumpuan aktiviti pengantaraan kewangannya; atau
(iii) kesalingkaitannya dengan orang yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dikawal selia oleh Bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank.
(2) Bagi maksud membuat suatu syor di bawah subseksyen (1),
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, melaksanakan kuasa pemeriksaannya di bawah Bahagian XI atas orang yang disebut dalam subseksyen (1) seolah-olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai
“orang yang diberi kuasa” adalah suatu sebutan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(3) Menteri boleh, atas syor Bank, memakai semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi suatu institusi kewangan yang ditetapkan dari suatu tarikh yang ditentukan dalam perintah di bawah subseksyen (1) dan dengan apa-apa pindaan sebagaimana Menteri, atas syor Bank, sifatkan perlu, seolah-olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai “orang yang diberi kuasa”, “orang berlesen”, “bank berlesen”, “penanggung insurans berlesen”, “bank pelaburan berlesen”, “institusi” dan “penyedia pekhidmatan kewangan”,
Perkhidmatan Kewangan 211
mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah suatu sebutan kepada institusi kewangan yang ditetapkan itu.
(4) Berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam perintah itu yang dibuat di bawah subseksyen (1), institusi kewangan yang ditetapkan berkenaan hendaklah mematuhi, dan tertakluk pada, peruntukan Akta ini sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
(5) Menteri boleh, pada bila-bila masa, meminda atau membatalkan suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a) atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan, dalam hal suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a); atau
(b) atas syor Bank, dalam apa-apa hal yang lain.
(6) Suatu institusi kewangan yang ditetapkan yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan boleh dikenakan penalti sama yang terpakai bagi orang berlesen yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi pelanggaran itu, institusi kewangan yang ditetapkan itu melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 234(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.
(7) Seksyen ini tidak terpakai bagi—
(a) orang yang dilesenkan, diluluskan atau diiktirafkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti; atau 212 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(b) entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704].
(8) Bagi maksud seksyen ini, dalam hal orang berdaftar di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Bank hendaklah—
(a) berunding dengan Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1);
(b) memberitahu Suruhanjaya Sekuriti sebelum melakukan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (2); dan
(c) menyemak dengan tetap kedudukan institusi kewangan yang ditetapkan itu, berserta dengan Suruhanjaya Sekuriti, untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1)
tidak lagi terpakai.
Penggal 2
Transaksi antarabangsa dan domestik
Tafsiran
213. (1) Bagi maksud seksyen 214, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun tentuan” ertinya suatu akaun yang dibuka bagi kemudahan mana-mana orang oleh suatu institusi kewangan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;
“bukan pemastautin” ertinya—
(a) mana-mana orang selain seorang pemastautin;
(b) suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat wakil suatu syarikat pemastautin di luar negara;
Konsulat,
Pesuruhjaya
Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; atau
Perkhidmatan Kewangan 213
(d) seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar
Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia;
“emas” ertinya—
(a) emas dalam apa jua keadaan atau bentuk selain emas yang nilainya dipertingkatkan secara material melalui kemahiran ketukangan; atau
(b) apa-apa hak untuk menerima emas—
(i) berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank berlesen atau mana-mana institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau
(ii) daripada mana-mana orang di dalam atau luar
Malaysia;
“instrumen kewangan” termasuklah terbitan;
“jaminan” termasuklah cagaran apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau didaftarkan di Malaysia atau apa-apa harta lain di Malaysia untuk menjamin pembayaran balik suatu hutang, obligasi atau liabiliti;
“mata wang asing” termasuklah—
(a) mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;
(b) apa-apa hak untuk menerima mata wang asing—
(i) berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank berlesen atau dengan institusi seumpama yang lain di dalam atau di luar Malaysia; atau
(ii) mana-mana orang lain di dalam atau di luar Malaysia;
214 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
atau
(c) apa-apa dokumen atau jenis peranti yang diniatkan untuk membolehkan orang yang dokumen atau peranti itu dikeluarkan kepadanya untuk mendapatkan mata wang asing daripada seorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya, apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang diniatkan sedemikian;
“memberi atau memperoleh jaminan”
termasuklah suatu pembaharuan atau pelanjutan jaminan itu;
“orang” mempunyai erti orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
“pemastautin” ertinya—
(a) seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;
(b) seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;
(c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;
(d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau
(e) Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
Perkhidmatan Kewangan 215
“pembayaran” termasuklah tindakan memindah kepada, atau memberi kredit kepada, seseorang, ringgit, mata wang asing, instrumen kewangan, emas, logam berharga lain atau balasan bernilai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada di bawah suatu obligasi atau selainnya;
“pemindahan sekuriti” termasuklah pembelian, penjualan, pinjaman atau pemberian pinjaman sekuriti;
“penyelesaian suatu harta” termasuklah pembuatan apa-apa pelupusan, waad, perjanjian atau perkiraan yang harta itu merupakan perkara bagi suatu amanah;
“ringgit” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima ringgit dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
“sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam suatu royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon, sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak atas sekuriti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
“terbit” berhubungan dengan sekuriti atau instrumen kewangan, ertinya untuk mewujudkan atau untuk menyebabkan kewujudan sekuriti atau instrumen kewangan itu, dan perkataan “diterbitkan” atau
“terbitan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(2) Jika di bawah Penggal ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki, mana-mana orang, atau jika mana-mana orang, dikehendaki di bawah Penggal ini, untuk mengemukakan kepada Bank
216 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
apa-apa dokumen atau maklumat—
(a) Bank boleh menentukan dokumen atau maklumat itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
(b) orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—
(i) yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
(ii) yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesalahan atau ketinggalan berulang.
Langkah yang berhubungan dengan transaksi antarabangsa dan domestik
214. (1) Bank diberi kuasa di bawah seksyen ini untuk melindungi kedudukan imbangan pembayaran dan nilai mata wang Malaysia.
(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau terlibat dalam mana-mana transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14 kecuali dengan kelulusan bertulis Bank.
(3) Tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah perenggan (6)(e), larangan dalam subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 tidak terpakai bagi mana-mana bank berlesen.
(4) Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam seksyen ini dan Jadual 14, subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi—
(a) semua orang, golongan, kategori atau perihalan orang termasuk penama mereka atau mana-mana orang yang
Perkhidmatan Kewangan 217
bertindak bagi pihak mereka walau pun mereka tidak berada di Malaysia; dan
(b) semua perbuatan yang dilakukan di dalam atau luar Malaysia termasuk apa-apa perbuatan yang melibatkan, bersekutu dengan atau dalam persediaan kepada, transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14.
(5) Bank dalam memberikan apa-apa kelulusan bertulis di bawah subseksyen (2) boleh mengenakan apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang berkenaan dengan transaksi itu dalam Jadual 14.
(6) Bank boleh mengeluarkan arahan untuk—
(a) mengisytiharkan seseorang itu adalah dikira sebagai seorang pemastautin atau seorang bukan pemastautin walau apa pun takrif “pemastautin” atau “bukan pemastautin” dalam seksyen 213;
(b) menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank atau mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
(c) menghendaki apa-apa pembayaran untuk dibuat ke dalam akaun tentuan dan mengarahkan kegunaan apa-apa dana dalam akaun tentuan itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank;
(d) menghendaki mana-mana orang yang berhak untuk menjual, atau untuk memperoleh jualan daripada, mana-mana mata wang asing, emas atau logam berharga lain, untuk menawarkannya, atau menyebabkannya untuk ditawarkan, bagi jualan kepada bank berlesen atau mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
(e) menghendaki bank berlesen untuk menjalankan atau terlibat dalam transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
218 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
(f) menghendaki bank berlesen, atau mana-mana orang lain untuk mentadbir atau memastikan pematuhan seksyen ini atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau
(g) menghendaki mana-mana orang untuk melakukan atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan bagi maksud memastikan pematuhan seksyen ini.
(7) Apa-apa kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam kelulusan bertulis dan arahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(8) Subseksyen (2) tidak menjejaskan penguatkuasaan pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
(9) Kecuali bagi perenggan 7 dalam Jadual 14, mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
(10) Mana-mana ringgit, mata wang asing, emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan atau mana-mana artikel lain yang tertakluk pada suatu larangan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 7 Jadual 14 hendaklah disifatkan sebagai barangan larangan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi larangan itu atau apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta itu dan boleh, apabila disabitkan, didenda dengan penalti yang diperuntukkan dalam Akta itu.
Perkhidmatan Kewangan 219
Kuasa Bank untuk mengenakan levi atau caj
215. (1) Bagi maksud melindungi kedudukan imbangan pembayaran atau nilai mata wang Malaysia, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 untuk mengenakan levi atau caj berkenaan dengan mana-mana transaksi yang ditentukan dalam