Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991

Seksyen 3

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengendali hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu dengan hak milik, estet atau kepentingan yang sama dan dengan pemegangan yang sama sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengendali boleh, selepas tarikh peletakhakan, di bawa guaman terhadapnya, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat oleh hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengendali boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang haknya atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Mana-mana prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau

8

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

terletak hak pada syarikat pengendali menurut kuasa subseksyen (1)

boleh pada dan selepas tarikh peletakhakan diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengendali.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit daripada apa-apa pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengendali pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(7)

Jika melalui kuat kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56

tahun 1965] hendaklah, bagi maksud menguatkuasakan pendaftaran peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengendali seolah-olah ia suatu pihak berkuasa awam.

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia menjadi pihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengendali

Section 3 — AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991