Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991
Seksyen 5
(a)
sekuriti syarikat pengendali atau mana-mana subsidiari syarikat pengendali; atau
(b)
hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.
(2)
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
(3)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan akibat peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan telah dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur
Kewangan 1957 [Akta 61].
(4)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak daripada, dengan pelupusan atau selainnya
10
Undang-Undang Malaysia AKTA 467
berkaitan dengan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(5)
Duti setem tidak boleh dikenakan―
(a)
berkenaan dengan apa-apa pertambahan dalam modal syer dibenarkan syarikat pengendali yang―
(i)
dilaksanakan pada masa syarikat pengendali dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan; dan
(ii)
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan melalui penerbitan syer yang dilanggani oleh Perbadanan di bawah perenggan
(1)
;
(b)
atas apa-apa surat cara yang diperakui oleh
Perbendaharaan sebagai telah dibuat atau dilaksanakan menurut seksyen 4.
Pelantikan wakil Kerajaan menganggotai lembaga syarikat pengendali