Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN (SYARIKAT PENGENDALI) 1991
Seksyen 7
(2)
Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengendali untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang akan diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.
(3)
Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengendali itu, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti
Kerajaan Malaysia yang dikira telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 dalam mana-mana tahun tertentu hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang ditentukan untuk aset, hak atau liabiliti itu oleh Kerajaan
Malaysia sebelum tarikh peletakhakan.
(4)
Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengendali ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengendali bagi maksud mana-mana peruntukan Akta
Syarikat 1965.
12
Undang-Undang Malaysia AKTA 467