Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer yang belum diterbitkan syarikat itu yang hendaklah diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.
(3)
Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti
Jabatan Pos, Malaysia, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Jabatan Pos, Malaysia, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Jabatan Pos, Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh peletahakan.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 466
(4)
Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh
Jabatan Pos, Malaysia, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.
(5)
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan dipegang simpan oleh Jabatan Pos, Malaysia, telah dihasilkan dan dipegang simpan oleh syarikat pengganti.
(6)
Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta
Syarikat 1965.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.