Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat di bawah seksyen 12 boleh menolak untuk berkongsi sebahagian atau semua data yang diminta atas sebab-sebab seperti yang berikut:
(a)
data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan, atau membolehkan seseorang untuk menentukan, identiti bagi suatu sumber maklumat yang sulit yang berhubungan dengan penguatkuasaan atau pentadbiran undang-undang;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 864
(b)
data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan kewujudan atau identiti seseorang yang termasuk dalam program perlindungan saksi;
(c)
data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan langkah atau tatacara penyiasatan, termasuk metodologi pengumpulan risikan, teknik atau teknologi penyiasatan, amalan rahsia atau perkiraan perkongsian maklumat antara agensi penguatkuasaan undang-undang;
(d)
perkongsian data yang diminta akan melanggar satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
keistimewaan peguam cara dan klien atau keistimewaan profesional undang-undang;
(ii)
perjanjian atau kontrak;
(iii)
kewajipan kerahsiaan mengikut ekuiti; atau
(iv)
perintah mahkamah atau tribunal;
(e)
data yang diminta melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
keselamatan atau pertahanan negara;
(ii)
penyiasatan pelanggaran, atau kemungkinan pelanggaran, mana-mana undang-undang bertulis;
(iii)
inkues atau siasatan mengenai kematian; atau
(iv)
prosiding di hadapan mahkamah atau tribunal;
(f)
agensi sektor awam itu mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa perkongsian data yang diminta berkemungkinan akan membahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan satu atau lebih individu;
Perkongsian Data 15
(g)
data yang diminta adalah bercanggah dengan tujuan di bawah seksyen 13 dan tidak wajar untuk dikongsi;
(h)
agensi sektor awam yang meminta data itu tidak mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran; atau
(i)
apa-apa sebab lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
Kewajipan yang berhubungan dengan perkongsian data