Malaysia legislation
Section 19
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 19
Liabiliti pekongsi terhad kepada pemiutang
(2)
Seseorang pekongsi terhad tidaklah bertanggungan sebagai pekongsi am melainkan jika pekongsi terhad itu mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian terhad Labuan.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (4), jika pekongsi terhad mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian terhad Labuan dalam urusannya dengan orang yang bukan pekongsi, pekongsi terhad itu hendaklah bertanggungan, jika berlaku ketidaksolvenan perkongsian terhad Labuan itu, bagi semua hutang dan obligasi perkongsian terhad Labuan yang ditanggung semasa tempoh pekongsi terhad itu mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian terhad
Labuan itu seolah-olah pekongsi terhad itu bagi tempoh itu ialah seorang pekongsi am.
(4)
Seseorang pekongsi terhad adalah bertanggungan di bawah subseksyen (3) hanya kepada seseorang yang membuat transaksi dengan perkongsian terhad Labuan itu dengan sebenarnya mengetahui tentang penglibatan pekongsi terhad itu dalam pengurusan perkongsian terhad Labuan itu dan yang kemudiannya semunasabahnya mempercayai bahawa pekongsi terhad itu ialah pekongsi am.
(5)
Seseorang pekongsi terhad tidak boleh disifatkan sebagai mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu perkongsian terhad
Labuan mengikut pengertian seksyen ini dengan membuat satu atau lebih daripada perkara yang berikut:
(a)
menjadi seorang kontraktor bagi atau ejen atau pekerja perkongsian terhad Labuan atau pekongsi amnya atau bertindak sebagai pengarah, pegawai atau pemegang syer bagi pekongsi am perbadanan;
(b)
berunding dengan dan menasihati seseorang pekongsi am berkenaan dengan aktiviti perkongsian terhad Labuan;
(c)
menyiasat, mengkaji semula, meluluskan atau dimaklumkan tentang akaun atau hal-ehwal perkongsian terhad Labuan atau menjalankan apa-apa hak yang diberikan oleh Akta ini;
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 29
(d)
bertindak sebagai penjamin atau penggerenti bagi perkongsian terhad Labuan sama ada secara am atau berkenaan dengan obligasi tertentu;
(e)
meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu pindaan kepada perjanjian perkongsian;
(f)
mengundi, atau selainnya menunjukkan kelulusan atau ketidaklulusan bagi, satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
pembubaran dan penggulungan perkongsian terhad
Labuan;
(ii)
pembelian, penjualan, pertukaran, pemajakan, penyandaran, hipotekasi, atau pewujudan kepentingan sekuriti, atau apa-apa urusan lain mengenai mana-mana aset oleh atau bagi perkongsian terhad Labuan;
(iii)
pewujudan atau pembaharuan sesuatu obligasi oleh perkongsian terhad Labuan;
(iv)
perubahan dalam jenis aktiviti perkongsian terhad
Labuan;
(v)
penerimaan masuk, pemecatan atau pengunduran diri pekongsi am atau terhad dan penerusan perkongsian terhad Labuan selepas itu;
(vi)
transaksi yang dalamnya seorang pekongsi am atau lebih mempunyai percanggahan kepentingan yang sebenar atau yang berpotensi dengan seorang pekongsi terhad atau lebih;
(g)
membawa sesuatu tindakan bagi pihak perkongsian terhad
Labuan menurut subseksyen 22(3).
(6)
Subseksyen (5) tidak boleh ditafsirkan sebagai tersirat bahawa pemilikan atau penjalanan apa-apa kuasa lain oleh seseorang pekongsi terhad semestinya akan merupakan penglibatan oleh pekongsi terhad itu dalam pengurusan perkongsian terhad Labuan.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 707
Penerimaan masuk pekongsi terhad dan pekongsi am tambahan