Malaysia legislation
Section 21
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 21
(a)
kesemua pekongsi terhad dan kesemua pekongsi am menyetujui atau perjanjian perkongsian membenarkannya;
dan
(b)
penyerahhakan itu dibuat mengikut terma persetujuan atau perjanjian perkongsian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Pemegang serah hak kepentingan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi seseorang pekongsi terhad tidak boleh menjadi pekongsi terhad dalam perkongsian terhad Labuan sehingga pemunyaan kepentingan serah haknya itu dicatatkan dalam daftar di bawah subseksyen 9(5), dan sehingga dicatatkan sedemikian pemegang serah hak itu tidak mempunyai apa-apa hak pekongsi terhad yang boleh dijalankan terhadap perkongsian itu atau terhadap mana-mana pekongsi selain penyerah hak.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (4), apabila menjadi seorang pekongsi terhad, seseorang pemegang serah hak hendaklah memperoleh hak dan kuasa dan tertakluk pada semua sekatan dan liabiliti yang dimiliki oleh penyerah haknya berkenaan dengan kepentingan yang diserahhakkan itu sebaik sebelum penyerahhakan itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 31
(4)
Apabila menjadi seorang pekongsi terhad seseorang pemegang serah hak tidak boleh mengambil alih apa-apa liabiliti penyerah hak yang berbangkit di bawah subseksyen 14(3), 17(2) atau 19(3)
dan, walau apa pun apa-apa terma dalam perjanjian perkongsian atau apa-apa perjanjian lain yang berlawanan, penyerahhakan sedemikian tidak akan melepaskan penyerah hak itu daripada apa-apa liabiliti di bawah subseksyen itu.
(5)
Sesuatu penyerahhakan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dengan Lembaga oleh perkongsian terhad
Labuan.
(6)
Apabila sesuatu penyerahhakan didaftarkan di bawah subseksyen (5) dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud itu.
(7)
Seseorang pekongsi terhad yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Prosiding undang-undang dan penyampaian dokumen