Malaysia legislation
Section 30
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 30
(2)
Permohonan itu hendaklah menyatakan—
(a)
nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu akan dijalankan;
(b)
alamat yang dicadangkan bagi pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 37
(c)
nama penuh dan alamat setiap orang yang akan menjadi pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan, jika mana-mana daripada orang itu merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya;
(d)
nama penuh dan alamat orang yang akan menjadi pekongsi ditetapkan dan, jika orang itu merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya;
(e)
jenis perniagaan yang hendak diusahakan; dan
(f)
apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Lembaga.
(3)
Apabila sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan didaftarkan,
Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga.
(4)
Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu telah didaftarkan dengan
Lembaga.
(5)
Lembaga boleh mengenakan atau melampirkan apa-apa syarat, sekatan atau terma yang difikirkannya patut bagi pendaftaran di bawah seksyen ini.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga untuk mendaftarkan sesuatu perkongsian liabiliti terhad jika Lembaga tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah Akta ini.
(7)
Lembaga hendaklah menyenggarakan suatu daftar perkongsian liabiliti terhad Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 707
Pendaftaran perubahan butir-butir