Malaysia legislation

Section 33

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 33

(2)

Jika perkongsian liabiliti terhad Labuan menukarkan namanya, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah menyerahkan suatu notis tentang pertukaran itu kepada Lembaga mengikut peruntukan subseksyen 31(1).

(3)

Jika Lembaga meluluskan pertukaran nama itu, Lembaga hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu di bawah nama baru itu dan pertukaran nama baru itu akan mula berkuat kuasa apabila perakuan pendaftaran itu dikeluarkan.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 707

(4)

Jika nama perkongsian liabiliti terhad Labuan, sama ada dengan tidak sengaja atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama, ialah suatu nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar seksyen 32, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah menukarkan namanya kepada suatu nama yang hendaklah diluluskan oleh Lembaga dan jika Lembaga mengarahkan sedemikian, hendaklah menukar nama itu dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Lembaga.

(5)

Jika perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Lembaga di bawah subseksyen (4), perkongsian liabiliti terhad Labuan itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.

(6)

Sesuatu pertukaran nama menurut Akta ini tidak akan menjejaskan identiti perkongsian liabiliti terhad Labuan atau apa-apa hak atau obligasi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

(7)

Apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad

Labuan dengan nama terdahulunya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dengan nama barunya.

Penukaran kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan

Penukaran daripada perkongsian terhad Labuan kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan

Section 33 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010