Malaysia legislation
Section 38
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 38
(a)
hendaklah ada suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan dengan nama yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran yang didaftarkan di bawah Akta ini, dengan semua sifat yang diperihalkan dalam Bahagian IV Akta ini dan tertakluk pada peruntukan Akta ini;
*CATATAN—Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 [Akta 565] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707] yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2010—lihat seksyen 91 Akta 707.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 43
(b)
semua harta alih dan harta tak alih yang terletak hak pada perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan, semua kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu, dan keseluruhan perusahaan perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipindah hak milik dan terletak hak pada perkongsian liabiliti terhad Labuan tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan lanjut;
(c)
perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu hendaklah disifatkan sebagai dibubarkan; dan
(d)
perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu hendaklah dikeluarkan daripada daftar perkongsian terhad
Labuan yang disenggarakan oleh Lembaga atau daftar syarikat yang disenggarakan di bawah Akta Syarikat
Labuan 1990, masing-masing.
(2)
Jika mana-mana harta yang baginya perenggan (1)(b) terpakai didaftarkan dengan sesuatu pihak berkuasa, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tarikh pendaftaran, mengambil semua langkah perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan itu mengenai penukaran dan butir-butir perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu dalam apa-apa perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
Prosiding yang belum selesai