Malaysia legislation
Section 48
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 48
(2)
Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad asing hendaklah, sebelum menubuhkan tempat perniagaan, atau menjalankan perniagaan, di
Labuan, memfailkan dengan Lembaga bagi pendaftaran—
(a)
suatu salinan terperaku perakuan bagi pemerbadanannya atau pendaftarannya di tempat perkongsian liabiliti terhad asing itu diperbadankan atau tempat asalnya, atau suatu dokumen yang membawa kesan yang serupa;
(b)
suatu salinan terperaku perjanjian perkongsiannya, jika ada;
(c)
suatu senarai pekongsinya yang mengandungi nama penuh dan alamat setiap pekongsi dan, jika mana-mana daripada orang ini merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftarnya atau pejabat utamanya;
(d)
nama penuh dan alamat pekongsi ditetapkan atau mana-mana orang lain dengan apa jua nama yang dipanggil yang dipertanggungkan dengan kewajipan dan obligasi seorang pekongsi ditetapkan di bawah Akta ini dan, jika orang ini ialah suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftarnya atau pejabat utamanya;
(e)
suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil di bawah meterai perkongsian liabiliti terhad asing atau disempurnakan bagi pihaknya mengikut apa-apa cara supaya mengikat perkongsian liabiliti terhad asing itu dan, dalam mana-mana hal, ditentusahkan mengikut cara yang ditetapkan, yang menyatakan nama syarikat amanah
Labuan yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yang dikehendaki untuk disampaikan ke atas perkongsian liabiliti terhad asing itu; dan
(f)
suatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang dibuat oleh seorang pegawai syarikat amanah Labuan,
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 707
dan Lembaga boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar, dan tertakluk pada Akta ini dan apa-apa syarat yang dikenakannya, mendaftarkan perkongsian liabiliti terhad asing itu di bawah
Bahagian ini sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf.
(3)
Apabila perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf didaftarkan,
Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga.
(4)
Suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu telah didaftarkan dengan Lembaga.
(5)
Jika memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang difailkan dengan Lembaga di bawah perenggan (2)(e) telah disempurnakan oleh seseorang bagi pihak perkongsian liabiliti terhad asing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang melaluinya orang itu diberi kuasa untuk menyempurnakan memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan dengan akuan berkanun mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah difailkan dengan Lembaga dan salinan itu hendaklah bagi segala maksud dianggap sebagai yang asal.
Nama perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf