Malaysia legislation

Section 54

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 54

(a)

suatu notis mengenai pelikuidasian atau pembubaran itu;

dan

(b)

apabila pelikuidasi asing dilantik bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu di tempat pemerbadanan, penubuhan atau di tempat asalnya, suatu notis tentang pelantikan itu.

(2)

Apabila notis dalam perenggan (1)(a) diterima, Lembaga hendaklah dengan serta-merta melantik seorang pelikuidasi yang diluluskan dan sehinggalah pelikuidasi yang diluluskan itu dilantik bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu, pelikuidasi asing yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa dan fungsi seorang pelikuidasi yang diluluskan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 707

(3)

Jika perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu tidak memfailkan notis di bawah perenggan (1)(a), Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas itu, melantik pelikuidasi yang diluluskan bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.

(4)

Apabila seseorang pelikuidasi yang diluluskan dilantik di bawah subseksyen (2) atau (3), mahkamah hendaklah disifatkan telah memerintahkan perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu digulung.

(5)

Pelikuidasi yang diluluskan hendaklah mengumpulkan kesemua harta perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang berada atau boleh didapatkan di Labuan dan hendaklah, apabila berbuat demikian, mempunyai segala kuasa seorang pelikuidasi yang diluluskan bagi suatu syarikat Labuan di bawah Akta Syarikat

Labuan 1990.

(6)

Sebelum membayar atau memindahkan hak milik kepada pelikuidasi asing yang disebut dalam subseksyen (1) apa-apa harta yang dikumpulkan di Labuan, pelikuidasi yang diluluskan itu hendaklah—

(a)

membayar kepada Lembaga kesemua penalti, kos, fi dan caj yang kena dibayar dan terhutang;

(b)

membayar amaun kesemua cukai yang kena dibayar di bawah

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445];

dan

(c)

membayar kepada mana-mana pemastautin yang kepadanya, pada masa pelantikan pelikuidasi yang diluluskan di

Labuan, apa-apa hutang yang ditanggung dengan suci hati oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan kepada atau bagi perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu kena dibayar, amaun hutang itu, dan penalti, kos, fi, caj, cukai dan hutang itu hendaklah menjadi suatu caj ke atas harta perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang berperingkat selepas kos pelikuidasi yang diluluskan tetapi yang menjadi keutamaan berbanding dengan semua caj dan tuntutan lain walau apa pun jua.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 53

(7)

Perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah disifatkan terus wujud di Labuan sehingga penggulungan hal-ehwalnya di Labuan diselesaikan.

Section 54 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010