Malaysia legislation
Section 56
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 56
(2)
Seseorang pekongsi tidak bertanggungan sendiri, secara langsung atau tidak langsung, melalui tanggung rugi, sumbangan, penaksiran atau selainnya, bagi sesuatu obligasi yang disebut dalam subseksyen (1) semata-mata oleh sebab menjadi seorang pekongsi bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidak menjejaskan liabiliti diri seseorang pekongsi dalam tort bagi perbuatan salah laku atau peninggalannya sendiri, tetapi seseorang pekongsi tidak boleh bertanggungan sendiri bagi perbuatan salah laku atau peninggalan mana-mana pekongsi lain bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.
(4)
Jika seseorang pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan adalah bertanggungan kepada mana-mana orang, selain pekongsi lain perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, akibat perbuatan salah laku atau peninggalannya semasa menjalankan perniagaan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu atau dengan kuasanya, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu adalah bertanggungan ke takat yang sama seperti pekongsi itu.
(5)
Liabiliti perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah dibayar daripada harta perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seseorang pekongsi atau bekas pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan yang menerima pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu—
(a)
apabila perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu tidak solven; atau
(b)
yang mengakibatkan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu menjadi tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu akan menjadi tidak solven akibat pembahagian itu,
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 55
hendaklah bertanggungan sendiri kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu bagi amaun atau nilai pembahagian itu jika pembahagian itu telah diterima dalam tempoh enam bulan sebelum permulaan penggulungan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.
(7)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan adalah tidak solven pada sesuatu masa tertentu jika—
(i)
perkongsian liabiliti terhad Labuan pada masa itu, tidak berupaya untuk membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; atau
(ii)
pada masa itu, nilai aset perkongsian liabiliti terhad Labuan itu adalah kurang daripada nilai liabilitinya;
(b)
“pembahagian” ertinya apa-apa pembayaran dividen, pembahagian keuntungan, pemulangan atau pembayaran balik modal oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, sama ada dalam bentuk wang tunai atau barang-barang;
dan
(c)
seseorang pekongsi atau bekas pekongsi hendaklah disifatkan telah menerima pembahagian jika pembahagian itu diterima oleh pekongsi itu atau pemegang serah hak bekas pekongsi itu.
Kuasa pekongsi untuk mengikat perkongsian liabiliti terhad
Labuan