Malaysia legislation
Section 58
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 58
Akta 707
(2)
Jika tiada perjanjian mengenai apa-apa perkara, hak dan kewajipan bersama pekongsi-pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, dan hak dan kewajipan bersama sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan dengan pekongsi-pekongsinya hendaklah ditentukan, tertakluk pada terma mana-mana perjanjian perkongsian, oleh peruntukan yang berikut:
(a)
semua pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan berhak untuk berkongsi sama rata modal dan keuntungan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
(b)
perkongsian liabiliti terhad Labuan mestilah menanggung rugi setiap pekongsi berkenaan dengan pembayaran yang dibuat dan liabiliti peribadi yang dilakukan oleh pekongsi itu—
(i)
dalam perjalanan biasa dan wajar perniagaan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; dan
(ii)
dalam atau tentang apa-apa jua yang dibuat dengan perlu bagi pemeliharaan perniagaan atau harta perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
(c)
tiap-tiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
(d)
tiada pekongsi berhak kepada saraan kerana bertindak dalam perniagaan atau pengurusan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
(e)
tiada seorang pun boleh dimasukkan sebagai pekongsi tanpa persetujuan kesemua pekongsi yang sedia ada;
(f)
apa-apa perkara atau isu yang berhubungan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah diputuskan melalui ketetapan yang diluluskan oleh majoriti bilangan pekongsi, dan bagi maksud ini, setiap pekongsi hendaklah mempunyai satu undi;
(g)
setiap pekongsi hendaklah memberikan penjelasan yang benar dan maklumat lengkap bagi semua perkara yang menyentuh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu kepada mana-mana pekongsi lain atau wakil di sisi undang-undang pekongsi lain itu;
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 707
(h)
jika seseorang pekongsi, tanpa persetujuan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, menjalankan apa-apa perniagaan yang sama jenis seperti dan bersaing dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, pekongsi itu mestilah menjelaskan dan membayar kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu semua keuntungan yang dibuat olehnya dalam perniagaan itu;
(i)
tiap-tiap pekongsi mestilah menjelaskan kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu bagi apa-apa faedah yang diperolehnya tanpa persetujuan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu daripada apa-apa transaksi yang berkenaan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, atau daripada apa-apa kegunaan oleh pekongsi itu daripada harta, nama atau apa-apa hubungan perniagaan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; dan
(j)
tiada majoriti pekongsi boleh memecat mana-mana pekongsi melainkan jika kuasa untuk berbuat demikian telah diberikan oleh perjanjian secara nyata antara pekongsi-pekongsi.
Urusan oleh pekongsi dengan perkongsian liabiliti terhad
Labuan