Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 5

Liabiliti Terhad Labuan 15

(2)

Lembaga tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkongsian terhad Labuan melainkan jika telah difailkan dengan Lembaga suatu salinan terperaku perjanjian perkongsian yang telah disempurnakan oleh setiap orang yang, semasa ditubuhkan perkongsian terhad

Labuan itu, menjadi pekongsi dan perjanjian perkongsian itu hendaklah menyatakan—

(a)

nama yang dengannya perkongsian terhad Labuan itu akan dijalankan;

(b)

alamat yang dicadangkan bagi pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan itu;

(c)

nama penuh dan alamat setiap pekongsi am atau, dalam hal perbadanan, tempat perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya;

(d)

tempoh, jika ada, perkongsian terhad Labuan itu akan wujud atau, jika tempohnya tidak terhad, suatu penyata yang bermaksud sedemikian;

(e)

jenis perniagaan yang akan diusahakan; dan

(f)

apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah menyenggarakan suatu daftar bagi perkongsian terhad Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini.

(4)

Apabila sesuatu perkongsian terhad Labuan didaftarkan,

Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeteraikan dengan meterai Lembaga.

(5)

Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4)

hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa sesuatu perkongsian terhad Labuan telah didaftarkan dengan Lembaga.

(6)

Lembaga boleh mengenakan atau melampirkan apa-apa syarat, sekatan atau terma yang difikirkannya patut bagi pendaftaran di bawah seksyen ini.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga mendaftarkan sesuatu perkongsian terhad jika Lembaga tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah Akta ini.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 17

Pindaan perjanjian perkongsian

Section 5 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010