Malaysia legislation

Section 78

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 78

Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan suatu penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis meminta dia memberikan tunjuk sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak sepatutnya dikenakan ke atasnya.

(3)

Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran yang amaunnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhan melebihi jumlah sepuluh ribu ringgit.

(4)

Jika seseorang tidak membayar suatu penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan boleh didapatkan sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.

Pengkompaunan kesalahan

Section 78 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010