Malaysia legislation

Section 80

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 80

(a)

tidak membayar apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Akta ini; atau

(b)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini,

Lembaga boleh menyampaikan suatu notis kepada perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang memberitahunya bahawa namanya boleh dipotong daripada daftar, melainkan jika perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu mengambil apa-apa langkah atau tindakan untuk meremedi kemungkiran yang dinyatakan dalam notis itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dilanjutkan oleh Lembaga.

(2)

Sekiranya Lembaga—

(a)

menerima daripada perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, suatu notis yang menyatakan bahawa ada kemungkinan ia tidak akan dapat meremedi kemungkiran yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1); atau

(b)

tidak menerima apa-apa jawapan daripada perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan kepada notis di bawah subseksyen (1),

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 707

Lembaga boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh yang disebut dalam notis atau selepas itu, memotong nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad

Labuan itu daripada daftar melainkan jika perkongsian terhad

Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu memuaskan hati Lembaga bahawa nama itu tidak patut dipotong.

(3)

Sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan yang telah dipotong daripada daftar di bawah seksyen ini masih lagi bertanggungan bagi semua tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasinya, dan pemotongan itu tidak menjejaskan liabiliti mana-mana pekongsinya.

Kemasukan semula dalam daftar

Section 80 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010