Malaysia legislation
Section 91
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 91
(2)
Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 [Akta 565]
dimansuhkan dari tarikh kuat kuasa.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2)—
(a)
semua peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, kelulusan, arahan, keputusan dan perbuatan eksekutif lain, walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut, atau menurut
Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997
hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat, diberikan, atau dilakukan, di bawah atau mengikut, peruntukan bersamaan dalam Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dengan sepenuhnya dan seberkesannya berhubung dengan orang yang kepadanya mereka terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, ditamatkan, dibatalkan atau digantikan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini;
(b)
tiap-tiap arahan, notis, garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga atau Menteri di bawah
Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997
sebelum tarikh kuat kuasa dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan dengan sah di bawah Akta ini di bawah peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diperkatakan dalam arahan, notis, garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dengan sepenuhnya dan seberkesannya sehingga ia dipinda, dimansuhkan, ditamatkan, dibatalkan atau digantikan di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 707
(c)
sesuatu permohonan bagi kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa maksud lain walau apa pun jua, atau suatu rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu, yang dibuat oleh seseorang kepada Menteri atau kepada
Lembaga di bawah Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir
Labuan 1997 sebelum tarikh kuat kuasa, dan belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah, jika ada peruntukan bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada peruntukan bersamaan dalam Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh kuat kuasa;
dan
(d)
semua transaksi atau urusan yang disempurnakan atau dimasuki dengan sah, dan semua perniagaan yang dibuat dengan sah, di bawah atau mengikut Akta Perkongsian
Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 oleh seseorang yang diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta Perkongsian
Terhad Luar Pesisir Labuan 1997, dengan mana-mana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan, dimasuki, atau dilakukan, menurut undang-undang dan dengan sah, di bawah dan mengikut Akta ini, dan dengan itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi dan urusan itu, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan sebagai berterusan di sisi undang-undang dan sah di bawah Akta ini.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 85
Akta 707
LIABITI TERHAD LABUAN 2010
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-Undang-Undang Malaysia 86
Akta 707
Akta 707
LIABITI TERHAD LABUAN 2010
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-