Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2)—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “hak pencen” takrif yang berikut:

‘ “Hari Malaysia” ertinya enam belas hari bulan

September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga;’; dan

(b)

dengan menggantikan takrif “Persekutuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang pada mulanya ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1957 dan selanjutnya menurut Perjanjian yang dimuktamadkan pada sembilan hari bulan Julai, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland,

Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, Persekutuan yang dikenali sebagai

Malaysia dengan Koloni Borneo Utara dan Sarawak, dan Negeri Singapura bersekutu dengan Negeri-Negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai

Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara perlembagaan yang dilampirkan padanya tetapi di bawah dan menurut Perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh tujuh hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima, Singapura telah tidak lagi menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.’.

Pindaan Perkara 161a

Section 3 — AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 | mylaw.my