Malaysia legislation
Section 49a
Seksyen 49a
(a)
setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik—
(i)
dia melepaskan keanggotaan parti politik itu;
atau
(ii)
dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu;
atau
(b)
setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.
Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)
(2)
Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh—
(a)
pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;
(b)
pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau
(c)
pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.
(3)
Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu
Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.
(4)
Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah
Perkara 54, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.
Pindaan Perkara 160