Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam
Fasal (2) dengan memasukkan selepas takrif “Orang Melayu”
takrif yang berikut:
‘ “parti politik” ertinya—
(a)
mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri; atau
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1663
(b)
mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan-tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, dan termasuklah gabungan pertubuhan sedemikian yang telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;’.
Pindaan Jadual Kelapan