Malaysia legislation
Section 7a
Seksyen 7a
(a)
setelah dipilih ke Dewan Undangan sebagai anggota suatu parti politik—
(i)
d i a m e l e p a s k a n k e a n g g o t a a n p a r t i politik itu; atau
(ii)
dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau
(b)
setelah dipilih ke Dewan Undangan bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.
Perlembagaan (Pindaan) (No. 3)
(2)
Seseorang ahli Dewan Undangan tidak terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu menurut seksyen ini hanya disebabkan oleh—
(a)
pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;
(b)
pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau
(c)
pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.
(3)
Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Undangan mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Undangan di bawah seksyen ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu
Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.
(4)
Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah subseksyen (5) seksyen 9, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh
Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.