Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan
“tiap-tiap jualan bahan radioaktif, dll” dengan perkataan
“jualan”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tiap-tiap pemegang lesen yang menjual bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran hendaklah mengemukakan suatu penyata penjualan dalam bentuk yang ditetapkan.”;
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1779
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 21a