Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 29

Seksyen baharu 26a, 26b, 26c dan 26d

yang dipotong seksyen yang berikut—

“Pelan penyahtauliahan.

26 a.  (1)  Pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan penyahtauliahan untuk kelulusan Ketua Pengarah sebelum pembinaan kemudahan.

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan pelan penyahtauliahan jika dia berpuas hati bahawa pelan penyahtauliahan itu memenuhi kriteria sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pemegang lesen hendaklah menyemak semula dan mengemaskinikan pelan penyahtauliahan pada lat tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Tanggungjawab pemegang lesen dalam penyahtauliahan.

26 b.  (1)  Pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti penyahtauliahan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam pelan penyahtauliahan.

(2)

P e m e g a n g l e s e n h e n d a k l a h bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan proses penyahtauliahan termasuk pengurusan sisa radioaktif yang timbul daripada proses penyahtauliahan.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

31

Jaminan kewangan penyahtauliahan.

Section 29 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025