Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 40

Pindaan seksyen 33

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Apabila ternyata pada mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang disifatkannya perlu, bahawa ada

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1779

alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, kemudahan atau pengangkut ada disembunyikan, disimpan, didepositkan atau distorkan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, atau apa-apa peranti, bekas, buku, dokumen atau apa-apa benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urusan berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang menjadi kesalahan, atau apa-apa urusan yang dimaksudkan mengenainya yang akan menjadi, suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor—

(a)

untuk memasuki premis, tapak, kemudahan atau pengangkut, untuk menggeledah, menyita dan mengelak apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang dalam milikannya atau di bawah kawalannya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain dijumpai, atau orang yang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor percaya dengan semunasabahnya telah terlibat dengan apa-apa aktiviti berkenaan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran itu, atau telah berada dalam milikannya atau kawalannya peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain itu, atau telah membawa, menerima, menyembunyikan, menyimpan, mendepositkan atau menstor bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain itu.”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “kemudahan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan, mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran daripada premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang di dalam ia dijumpai.

(4)

Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor telah menyita atau mengelak mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran di bawah Bahagian ini, dia hendaklah menyediakan suatu senarai segala benda yang disita atau dilak dalam menjalankan penggeledahan yang dibuat di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, kemudahan dan tempat yang benda itu masing-masing dijumpai dan hendaklah ditandatangani olehnya.”.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1779

Pindaan seksyen 34

Section 40 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025