Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 43

Seksyen 35 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “hendaklah”

perkataan “atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(ii)

dengan menomborkan semula perenggan (a)

sebagai perenggan (aa);

(iii)

dengan memasukkan sebelum perenggan (aa) yang dinomborkan semula perenggan yang berikut:

“(a) memasuki, memeriksa dan menggeledah pada setiap masa mana-mana premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang aktiviti dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit bagi maksud menentusahkan pematuhan peruntukan

Akta, memperoleh maklumat mengenai status keselamatan dan sekuriti aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit;”;

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1779

(iv)

dalam perenggan (aa) yang dinomborkan semula—

(A)

dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan

“kemudahan”;

(B)

dengan menggantikan perkataan “pegawai”

dengan perkataan “pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(C)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(D)

dengan menggantikan perkataan “, benda atau radas penyinaran” dengan perkataan

“atau penjana sinaran”; dan

(v)

dalam perenggan (b)—

(A)

dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan

“kemudahan”; dan

(B)

dengan menggantikan perkataan “pegawai”

dengan perkataan “pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Pihak berkuasa berkenaan hendaklah mempunyai kuasa untuk menempatkan pegawai diberi kuasa di premis, tapak, kemudahan atau lokasi yang aktiviti berhubung dengan Akta ini dijalankan.”.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

41

Seksyen baharu 35a

Section 43 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025