Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
Seksyen 68 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan “benda ditetapkan, radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“penjana sinaran”;
(b)
dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”;
(c)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan
“, prescribed substances or irradiating apparatuses”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “or radiation generator”;
(d)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a)
dengan perenggan yang berikut:
“(a) bagi mengawal dan mengawal selia aktiviti tenaga atom;”;
Undang-Undang Malaysia 62
Akta A1779
(e)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu atau benda ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “bahan radioaktif atau bahan nuklear tertentu”;
(ii)
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “radas penyinaran” dengan perkataan
“penjana sinaran”;
(iii)
dalam perenggan (m)—
(A)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “fee-fee”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “fi”; dan
(B)
dengan memasukkan selepas perkataan
“lesen” perkataan “, permit dan ujian”;
(iv)
dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan “mengadakan peruntukan mengenai pengawalseliaan rayuan-rayuan” dengan perkataan
“menetapkan perkara yang berhubungan dengan rayuan”; dan
(v)
dengan memasukkan selepas perenggan (n)
perenggan yang berikut:
“(na) menetapkan kelayakan dan ujian bagi mana-mana pekerja;
(nb) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan di bawah
Akta ini;
(nc) menetapkan maklumat yang dikehendaki yang berhubungan dengan kawal guna;”; dan
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(f)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.
Seksyen baharu 68a