Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif
“ahli radiologi”;
(b)
dengan memotong takrif “ahli radioterapi”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1779
(c)
dengan memasukkan sebelum takrif “Akta ini” takrif yang berikut:
‘ “Agensi” ertinya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa;’;
(d)
dalam takrif “bahan api nuklear”, dengan menggantikan perkataan “sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta” dengan perkataan “sebagaimana yang ditetapkan”;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “bahan api nuklear”
takrif yang berikut:
‘ “bahan api terpakai” ertinya bahan api nuklear yang telah disinar dalam dan dikeluarkan daripada reaktor apabila bahan api nuklear itu tidak lagi digunakan sebagai bahan api nuklear;’;
(f)
dengan menggantikan takrif “bahan nuklear” dengan takrif yang berikut:
‘ “bahan nuklear” ertinya bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;’;
(g)
dengan menggantikan takrif “bahan radioaktif” dengan takrif yang berikut:
‘ “bahan radioaktif” ertinya apa-apa bahan api nuklear, hasil radioaktif, sisa radioaktif atau apa-apa radionuklid sebagaimana yang ditetapkan;’;
(h)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “bahan radioaktif”
takrif yang berikut:
‘ “barang berkaitan nuklear” ertinya apa-apa barang yang berhubungan dengan penggunaan dan pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang ditetapkan;’;
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(i)
dengan menggantikan takrif “doktor pergigian berdaftar”,
“pengamal perubatan berdaftar”, “ahli farmasi berdaftar”
dan “doktor veterinar berdaftar” dengan takrif yang berikut:
‘ “doktor veterinar berdaftar”, “pengamal pergigian berdaftar” dan “pengamal perubatan berdaftar”
masing-masing ertinya seorang doktor veterinar, pengamal pergigian dan pengamal perubatan, setiapnya yang didaftarkan sebagaimana mengikut peruntukan undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran orang itu;’;
(j)
dengan memasukkan selepas takrif “insiden nuklear” takrif yang berikut:
‘ “kemudahan”, berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran termasuklah—
(a)
pepasangan nuklear;
(b)
pepasangan penyinaran;
(c)
kemudahan yang bahan radioaktif diproses;
(d)
kemudahan pengurusan sisa radioaktif;
(e)
kemudahan pengurusan bahan api terpakai; atau
(f)
kemudahan pelupusan sisa radioaktif;’;
(k)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif
“kenderaan”;
(l)
dengan memasukkan selepas takrif “kerosakan nuklear”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan
Tenaga Atom;’;
(m)
dengan memotong takrif “Lembaga”;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1779
(n)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “Majlis Penasihat” ertinya Majlis Penasihat Tenaga
Atom yang ditubuhkan di bawah seksyen 2a;’;
(o)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “Majlis Penasihat”
takrif yang berikut:
‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi;’;
(p)
dengan memotong takrif “orang”;
(q)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “pakar onkologi” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam onkologi klinikal atau onkologi radiasi di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];’;
(r)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar onkologi”
takrif yang berikut:
‘ “pakar perubatan nuklear” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam perubatan nuklear di bawah Akta Perubatan 1971;’;
(s)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar perubatan nuklear” takrif yang berikut:
‘ “pakar radiologi” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam radiologi klinikal di bawah Akta Perubatan 1971;’;
(t)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar radiologi”
takrif yang berikut:
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis secara am atau khusus oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan termasuk
Ketua Pengarah Kesihatan jika dia ialah pihak berkuasa berkenaan;”;
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
(u)
dengan memotong takrif “pegawai kanan awam”;
(v)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen” takrif yang berikut:
‘ “pengangkut” termasuklah kapal, kereta api, kereta, pesawat udara, dan mana-mana cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;’;
(w)
dalam takrif “pengendali pepasangan”, dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan
“Ketua Pengarah”;
(x)
dengan memasukkan selepas takrif “pengendali pepasangan”
takrif yang berikut:
‘ “penjana sinaran” ertinya peranti elektrik yang boleh menjana sinaran mengion;’;
(y)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “penjana sinaran”
takrif yang berikut:
‘ “penyahtauliahan” ertinya segala langkah-langkah ke arah melepaskan kemudahan selain repositori, daripada pengawalseliaan dan langkah-langkah ini termasuklah proses mendekontaminasi dan penanggalan kemudahan;’;
(z)
dalam takrif “pepasangan nuklear”—
(i)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dengan perkataan “ruang fizikal”; dan
(ii)
dalam proviso, dengan menggantikan perkataan
“pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan
“Ketua Pengarah”;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1779
(aa) dalam takrif “pihak berkuasa berkenaan”—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga”;
dan
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan
“Ketua Pengarah”;
(bb) dengan memotong takrif “radas penyinaran”;
(cc)
dengan memasukkan selepas takrif “reaktor nuklear”
takrif yang berikut:
‘ “senjata nuklear” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perdagangan Strategik 2010
[Akta 708];’;
(dd)
dalam takrif “sisa radioaktif”, dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “, bahan nuklear atau benda ditetapkan” dengan perkataan “atau bahan nuklear”;
(ee) dengan memasukkan selepas takrif “sisa radioaktif”
takrif yang berikut:
‘ “teknologi berkaitan nuklear” ertinya maklumat atau data dalam apa-apa bentuk, selain yang tersedia secara sah, sama ada dalam Malaysia atau di luar
Malaysia yang terpakai terutamanya untuk reka bentuk, pengeluaran, pengendalian, pengujian atau penggunaan bagi—
(a)
kelengkapan atau loji untuk—
(i)
pengayaan bahan nuklear;
(ii)
pemprosesan semula bahan nuklear yang disinar; atau
(iii)
pengeluaran air berat; atau
(b)
senjata nuklear atau peranti letupan lain;’; dan
Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)
11
(ff) dengan menggantikan takrif “urusan” dengan takrif yang berikut:
‘ “urusan”, berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran ertinya—
(a)
apa-apa aktiviti yang melibatkan pengilangan, perdagangan, pengeluaran, pemprosesan, pembelian, pemilikan, pemunyaan, penggunaan, pengangkutan, pemindahan, pengendalian, pengujian, penyenggaraan, pemerakuan, penjualan, penyimpanan, pengumpulan atau pelupusan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran itu; atau
(b)
menempatkan, membina, mentauliahkan, mengendalikan atau menyahtauliahkan kemudahan.’.
Pemotongan Bahagian II