Malaysia legislation

Section 70

of AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025

Seksyen 70

(2)

Anggota Lembaga yang dibubarkan dan anggota apa-apa jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ibu dan memegang jawatan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Mana-mana lesen, pendaftaran, kelulusan atau keputusan yang telah dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Lembaga yang dibubarkan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(4)

Apa-apa permohonan bagi lesen yang belum selesai di hadapan Lembaga yang dibubarkan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa penyiasatan, perbicaraan atau prosiding yang dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan

Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Apa-apa rayuan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(7)

Apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dimulakan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(8)

Semua sebutan mengenai “Lembaga Perlesenan Tenaga

Atom” dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom”.

Undang-Undang Malaysia 66

Akta A1779

Jadual baharu

Section 70 — AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025