Malaysia legislation

Section 107

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 107

Jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dia boleh menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan walaupun pengadu itu telah menarik balik aduan itu dan, dalam mana-mana hal sedemikian, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi aduan dan pengadu itu seolah-olah aduan itu telah tidak ditarik balik.