Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(a)
atas kehendaknya sendiri; atau
(b)
atas suatu permohonan oleh forum pengguna data atau mana-mana badan yang mewakili pengguna data.
Perlindungan Data Peribadi 33
(2)
Pesuruhjaya hendaklah, sebelum membatalkan, meminda atau menyemak suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), berunding dengan—
(a)
mana-mana pengguna data atau badan yang mewakili pengguna data yang baginya tataamalan itu hendaklah terpakai, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya;
dan
(b)
mana-mana orang berkepentingan yang lain, yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.
(3)
Jika mana-mana tataamalan telah dibatalkan, dipinda atau disemak di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya—
(a)
hendaklah memasukkan butir-butir mengenai pembatalan, pindaan atau penyemakan itu dalam Daftar Tataamalan;
dan
(b)
hendaklah memberitahu forum pengguna data yang berkaitan, golongan pengguna data, pengguna data dan orang awam mengenai pembatalan, pindaan atau penyemakan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
(4)
Pesuruhjaya hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang dipinda atau disemak olehnya di bawah seksyen ini.
Pengemukaan tataamalan yang baru oleh forum pengguna data