Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Seseorang peminta boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada pengguna data—
(a)
bagi maklumat mengenai data peribadi subjek data yang sedang diproses oleh atau bagi pihak pengguna data itu; dan
(b)
supaya disampaikan kepadanya suatu salinan data peribadi itu dalam bentuk yang dapat difahami.
Perlindungan Data Peribadi 35
(3)
Suatu permintaan mengakses data bagi apa-apa maklumat di bawah subseksyen (2) hendaklah dianggap sebagai suatu permintaan tunggal, dan suatu permintaan mengakses data bagi maklumat di bawah perenggan (2)(a) hendaklah, sekiranya tidak ada apa-apa arahan yang bertentangan, dianggap diperluas juga kepada permintaan di bawah perenggan (2)(b).
(4)
Dalam hal seorang pengguna data yang mempunyai entri yang berasingan berkenaan dengan data peribadi yang dipegang bagi maksud yang berlainan, suatu permintaan mengakses data yang berasingan hendaklah dibuat bagi setiap entri yang berasingan.
(5)
Jika seseorang pengguna data tidak memegang data peribadi, tetapi mengawal pemprosesan data peribadi itu dengan apa-apa cara yang melarang pengguna data yang memegang data peribadi itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan mengakses data di bawah subseksyen (2)
yang berhubung dengan data peribadi itu, pengguna data yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan memegang data peribadi itu dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Pematuhan permintaan mengakses data