Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Seksyen baharu 5a
seksyen yang berikut:
“Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat 5a. (1) Suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai
Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat hendaklah ditubuhkan dan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menyelia pelaksanaan Akta ini yang berhubungan dengan kuasa am agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 3; dan
(b)
untuk memperoleh statistik dan data yang berhubungan dengan pendedahan dan aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan mengikut
Akta ini.
(2)
Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada tujuh orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa
Perlindungan Pemberi Maklumat, yang difikirkannya patut dan sesuai, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(3)
Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu dia adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.
(4)
Anggota Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka.
(5)
Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.
(6)
Apa-apa statistik, data atau maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Jawatankuasa Perlindungan Pemberi
Maklumat bagi maksud seksyen ini hendaklah tidak termasuk maklumat sulit yang dilindungi di bawah seksyen 8.”.
Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 6