Malaysia legislation

Section 138

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2017

Seksyen 138

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong

Pengawal itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam membuat apa-apa kemasukan yang Penolong Pengawal itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

(c)

enggan memberi mana-mana Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah

Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya untuk diberi, melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 139

Section 138 — AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2017