Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan menggantikan takrif “bank berlesen” dengan takrif yang berikut:
‘ “bank berlesen” ertinya—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]; atau
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759];’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “mata wang asing”
takrif yang berikut:
‘ “memudahkan pemindahan dana” termasuklah mana-mana satu atau lebih daripada perbuatan yang berikut:
(a)
menawarkan perkhidmatan untuk memindahkan dana;
(b)
menyetuju terima atau menerima dana;
(c)
mengangkut dana;
(d)
mengatur pemindahan dana;
(e)
mengeluarkan resit untuk pemindahan dana;
(f)
menggunakan sistem untuk memindahkan dana;
(g)
membenarkan suatu akaun digunakan untuk pemindahan atau penerimaan dana; atau
Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)
(h)
melibatkan diri dalam apa-apa bentuk aktiviti penyelesaian, termasuk penyelesaian bersih, tolakan dan penyerahakan hutang, berikutan daripada pemindahan dana;’;
(c)
dalam takrif “pemegangan syer substansial” dan “pemegang syer substantial” dengan menggantikan perkataan
“seksyen 69d Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “seksyen 136 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”;
(d)
dalam takrif “pengarah”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “seksyen 4 Akta Syarikat 1965”
dengan perkataan “seksyen 3 Akta Syarikat 2016”;
(e)
dengan memotong takrif “peniaga yang diberi kuasa”;
(f)
dalam takrif “perniagaan mata wang borong”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“seseorang peniaga yang diberi kuasa” dengan perkataan
“suatu bank berlesen”;
(g)
dengan menggantikan takrif “perniagaan pengiriman wang”
dengan takrif yang berikut:
‘ “perniagaan pengiriman wang” ertinya—
(a)
perniagaan memindahkan dana; atau
(b)
perniagaan memudahkan pemindahan dana, sama ada dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara atau sama ada terdapat apa-apa perpindahan dana atau tidak, bagi pihak seseorang pengirim asal di dalam atau di luar Malaysia kepada seseorang benefisiari di dalam atau di luar Malaysia, dan pengirim asal dan benefisiari itu boleh orang yang sama, tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan, aktiviti, sistem atau perkiraan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;’; dan
(h)
dalam takrif “syarikat”, dengan menggantikan perkataan
“seksyen 4 Akta Syarikat 1965” dengan perkataan
“subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1711
Pindaan seksyen 4