Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PINDAAN) 2024

Seksyen 6

Pindaan seksyen 12

Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) pemegang lesen itu, ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana pemegang syernya, pengawalnya, pengarahnya, atau pengurusnya, telah disabitkan atas—

(i)

suatu kesalahan di bawah Akta Bank Negara

Malaysia 2009, Akta Bank dan Institusi-Institusi

Kewangan 1989 [Akta 372], Akta Bank Islam 1983

[Akta 276], Akta Insurans 1996 [Akta 553],

Akta Takaful 1984 [Akta 312], Akta Kawalan

Pertukaran 1953 [Akta 17], Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627], Akta Institusi Kewangan

Pembangunan 2002 [Akta 618], Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013, Akta Mata Wang 2020 [Akta 827]

atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbirkan oleh Bank;

(ii)

suatu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965

atau Akta Syarikat 2016; atau

(iii)

apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau kesalahan lain yang seumpamanya;”.

Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 23

Section 6 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PINDAAN) 2024