Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen baharu 66a
seksyen yang berikut:
“Pelucuthakan apabila ada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan 66a. (1) Semua harta yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2)
Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini boleh dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan bagi sesuatu kesalahan telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan harta itu boleh dibuat jika—
(a)
kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh; dan
(b)
dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa harta itu adalah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu.
(3)
Mahkamah yang membuat perintah di bawah subseksyen (2) boleh—
(a)
mengarahkan sama ada perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada mana-mana tarikh yang akan datang;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1711
(b)
mengarahkan sama ada pelucuthakan harta itu adalah secara keseluruhan atau sebahagian;
(c)
mengarahkan cara yang melaluinya harta yang dilucuthakkan itu hendaklah dilupuskan atau diuruskan;
dan
(d)
memasukkan dalam perintah itu semua arahan lain yang perlu dan syarat-syarat yang mahkamah fikirkan patut.
(4)
Semua harta yang dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Kerajaan Malaysia.”.
Pindaan seksyen 86