Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965
Seksyen 3
Palang Merah British di Sabah dan Sarawak
Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent
Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletak hak pada
Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 7
Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh
Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan mengikut segala cara tindakan dan guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.