Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 12

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

seksyen yang berikut:

“Pengamal perubatan berdaftar yang menjalankan amalan sebagai pakar 14a.  (1)  Tiada seorang pun yang namanya belum dimasukkan ke dalam Daftar boleh menjalankan amalan sebagai seorang pakar dalam bidang kepakaran itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa tatatertib Majlis.

Orang yang berhak untuk didaftarkan sebagai pakar 14b.  Seseorang berhak untuk didaftarkan sebagai seorang pakar di bawah Akta ini jika—

(a)

dia telah berdaftar penuh di bawah seksyen 14;

(b)

dia telah menghadiri latihan kepakaran dalam bidang kepakaran itu di institut latihan yang diiktiraf;

(c)

dia memegang suatu kelayakan kepakaran yang diiktiraf;

dan

(d)

dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia adalah layak dan mempunyai akhlak yang baik.

25

Perubatan (Pindaan)

Pendaftaran sebagai pakar 14c.  (1)  Majlis hendaklah mempertimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 18(1) dan boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan maklumat atau dokumen lanjut untuk menyokong permohonan itu.

(2)

Jika Majlis memutuskan untuk meluluskan permohonan itu, Majlis hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memasukkan nama pemohon ke dalam Daftar.

(3)

Majlis boleh menolak untuk mendaftarkan mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4)

Jika Majlis menolak untuk mendaftarkan pemohon di bawah subseksyen (3), Majlis hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis penolakan kepada pemohon itu, berserta dengan alasan baginya.”.

Pindaan seksyen 16